Friday, December 23, 2011

friday holiday

assalamualaikum,

salam pagi jumaat (pagi lagi kaan), hari ni aku cuti, sampai la selasa, 5 hari tu, saja je nak habiskan cuti, kalau dapat bercuti mana mana kan best, hee, berangan padahal hari tu baru je pergi bandung, so duduk jela umah senyap senyap, tengok dak 3 ekor ni kejar mengejar. pagi pagi ni memang waktu aktif diorang, tenaga banyak lagi lepas breakfast

si miu ni dia ada 1 perangai suka cabut stokin dari kasut idzuan. pastu g tinggal merata rata. bila aku simpan balik dalam kasut, dia akan pergi korek balik pastu pergi letak tempat lain, haha, bukan main pun, saja xpuas hati kot;p

ikutkan kerja banyak niii, banyak sangat, nota semua da ada depan mata ni, tapi xtau la buat ke tidak, haha, selalu sangat macam tu, konon nak buat keje tetiba eh terrrrrrtengok movie la pula, macam sekarang la tetiba terrrrtulis blog pulak ;p 

okla, enjoy the weekend u guys, hopefully it's great, daaaaa:)

Wednesday, December 14, 2011

Others in Bandung

Entri ni adalah campur aduk untuk trip aku ke bandung sampai ke sudah. Nak buat sesatu entri pun xde gambar sangat, malas pun ye jugak. 

Balik dari tangkuban perahu tu, kitorang singgah makan kat Kg Daun. Datang sini sebab nak makan gurame bakar, setakat yang kitorang try ni, kat kg daun ni paling sedap.



 Naik kuda ni kat Kg Daun. Kat entrance kalau tak silap la, bayar berapa dah tak ingat

 Gurame bakar dengan sambal kicap, maveles!

 Sup buntut;p ataupun sup ekor



On the way balik, singgah Rumah Mode, factory outlet. Ramai betul orang kat sini. Supir tu cakap kadang ramai orang luar je weekend ni, samada tourist, xpun orang dari Jakarta ramai turun bandung nak shopping.

Ni makan masa Ahad malam tu, tempat ni nama punclut, kawasan atas bukit. Idzuan sebut Punch-lot;p tapi sebenarnya nak pronounce dia punc(pu as in puteri)-lut(lut as in tak lut) haha, Jefri la yang kenalkan tempat ni, ramai orang local je yang makan kat sini sebenarnya, tapi saja nak pergi. Satu sebab idzuan nak makan sambal dia, super pedas, pastu sebab nak tengok view. Kawasan ni kan atas bukit, so boleh nampak whole bandung, tapi time kitorang pergi ni ramai la pulak, jadi xdapat spot tepi so xnampak la view tu.


Siap ada live band lagi;p suara diorang kat sini mostly sedap2 kan. nyanyi dalam few lagu, pastu dia akan datang mintak tips, tak kisahla banyak mana pun nak bagi


 nasi kaler;p tapi rasa sama je cam nasi putih

 eh tetiba da balik;p

 eh lina, aku ada beli Tora Bika yang ko pernah beli dulu tu, saje nak rasa:) sedap jugak, tapi macam manis sket

Wordless Wednesday 18

currently reading

Monday, December 12, 2011

Tangkuban Perahu

Day 2

26/11/11

Akhirnya, jejak jugak ke Tangkuban Perahu ni, hehe, padahal ni da kali ke tiga pergi bandung, tapi baru first time sampai sini. Tangkuban Perahu ni kira gunung berapi, masih aktif, still ada bau sulfur tu. 


Kalau nak datang sini, make sure pakai sweater, sejuk sangat atas ni. Pastu datang awal pagi, kitorang ari tu gerak dalam 7 lebih dari hotel, elok2 nak keluar dari tangkuban perahu ni, da start ramai. ramai yang tahap sesak susah nak jalan, nasib baik dah nak balik, aku ni dah la tak suka sangat sesak2 ni, rimas. Entrance fee kat sini dalam 50k sorang. 


Sampai jugaaa. Tak suka la amik gambar sekarang, tembam T__T

Ngan mama. Bersusah payah aku nak celik mata ni, silau





Oh, kalau datang sini, sila beli strawberry ye. Strawberry atas ni manis sangat. Ikutkan aku ni xpernah minat, sebab selalu dapat yang masam, tapi yang kat atas ni manis betul. Ada lagi buah lain, raspberry kot, beli jugak, tapi lagi suka strawberry. Sempat jugak lepak2 makan jagung 3 rasa kat sini.

Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday 17

need this...

Monday, December 5, 2011

KatjaPiring

Hi Assalamualaikum

Day 1(25/11/11)

Malam tu kitorang ingat nak makan kat Pak Chi Met. Sebab pernah baca dalam blog zida dia cakap sedap, bila tanya supir, dia kata tak tahu jalan la pulak kan, tapi aku cakapla area dekat2 ngan Paris van Java. Oh, dia cakap boleh cari, area tu tau la kan, sekali dia bawak kitorang masuk Paris Van Java la pulak. Tak kisah la, da penat masa tu kan.

Paris Van Java ni shopping kompleks. Masa masuk tu banyak betul kereta. Supir pun cakap kat situ sentiasa ramai. Aku suka kat sini sebab jalan tengah2 shopping kompleks tu cantik, pastu banyak sangat restoran yang nampak macam high class, tapi sebenarnya harga dia ok je. Kitorang makan kat KatjaPiring, best sangaaaaat.

 Alya yang da mengantuk

Nasi Rijstafel kot kalau tak silap la. Ada lauk tempe, daging, kentang, telur, pastu ada sambal. Kering sket tapi sedap la, daging dia lembuuut je, tempe sedaaap, kentang sedap. Puas hati

Ayam bumbu ape tah. Haha, ni menu idzuan. Sedap jugak ni. Aku selalu rompak, heee.Ada 2 ketul besar, 2 orang makan elok la kot ni. Nasi order lain

First time try Pisang Bakar Keju. Sebelum ni memang da aim, nak g Bandung nak makan ni. Selalu sangat baca blogger cakap sedap. Oh my, teraaaamaat sedap ok. Sampaikan lepas2 tu kalau g restoran ada menu ni, memang kitorang akan order, tapi tetap tak boleh lawan yang kat KatjaPiring ni. Haish, bila tengok ni pun, teringin lagi. kat sini mana nak cari tah, huhu

Trans Studio Bandung

Hi Assalamualaikum

Day 1(25/11/11)

Lepas makan tu, kitorang pergi Trans Studio Bandung (TSB). Tempat ni ala2 taman tema dalam shopping complex Bandung Supermal macam yang kat Times Square tu, tapi kat sini, lagiii banyak games kot.

Entrance fee kalau weekdays dalam 150,000 (RM54+-), weekend 200,000 (RM72+-), adult ke kids ke sama je fee dia, since kitorang pegi ni hari jumaat, dapatla harga murah sket, memang da aim nak elak weekend, nak elak mahal ngan orang ramai

TSB ni terbahagi pada 3 kawasan

Boleh klik link kat atas tu kalau nak tau details. Facebook TSB kat sini 

Tapi ada certain2 games tu ada ketinggian minimum. Jadi, kalau budak2 tu kena make sure check tinggi lepas dulu tak baru leh main.

Entrance






Trans Car Racing. Best sangat naik ni, ala2 naik racing car tapi versi selamat, yela kereta memang da melekat kat track kan. budak2 pun boleh naik, tu yg first gambar si afrina ngan daniel (anak paksu) ada naik


Bolang Adventure. Comel sangat ride ni. Dia cam nak introduce kawasan2 kat Indonesia, tapi guna watak2 yang sangat comel. Sesuai la untuk budak2 kot. Masa masuk ni teman ehem afrina ehem, tapi sendiri seronok;p

Vertigo. Naik atas pastu nanti dia pusing2 kerusi tuu. aduuh, aku memang tak naik da yang ni. sebab awal2 tadi da takut gila2 sebab naik Giant Swing T__T

Ni la Giant Swing. Hayun kiri kanan kiri kanan makin lama makin tinggi makin laju. wuwuuuu, tobat tak nak dah.

Idzuan tengah get ready nak wall climbing.

Teka mana watak si idzuan;p

Wahhh, ada Harry Porter;p

Ada live band lagi. Sedap gila suara mamat ni kot, layan jee, tapi tak ingat dah dia nyanyi lagu apa.



Interesting sangat gambar ni. Ilusi optik kot

Baring atas paku anyone?

Alang ngan tok

Tok ngan wan. hihi, comel

Science Center. Best dalam ni, ala2 Petronas Science Center yang dalam KLCC tu kot. Kat sini kita g mana2 je mesti ada staf dia tunggu untuk bagi penerangan, bestla

Overall, boleh tahan la gak TSB ni. Masa kitorang pergi, xramai sangat. Maybe sebab hari kerja kot, banyak lagi ride yang kitorang naik hari tu tapi xsempat la nak ambik gambar semua. Cam idzuan ngan adik dia ada naik roller coaster. Tapi dia cakap scary sebab takde tali pinggang, sangkut kat kaki je T__T. Teater pun ada, tapi tak nak la tengok kot lama sangat. Naik Sky Pirates, boleh nampak semua theme park dari atas. Oh lagi satu, Dunia Lain a.k.a rumah hantu sebenarnya, boleh tahan takut.

ok tu je kisah TSB, daaa:)

Wednesday, November 30, 2011

Bandung Arrival

Hi Assalamualaikum..

Day 1(25/11/11)

flight ke bandung 6.35 pagi, aku dahla tido lambat dalam 12.30, xsempat lena, dalam 2.30 pagi da kena bangun, by 4.30 kitorang da ada kat lcct. check in apa sume, nasib baik sempat solat subuh before boarding. tapi yang sedih aku ngan mama (mak idzuan) terasing dari orang lain dalam plane. biasalah, beli tiket air asia xnak pilih seat, nanti kena bayar lebih, jadi pasrah jela duduk mana pun. 

sampai bandung dalam pukul 8 pagi waktu bandung, atau kul 9 pagi sini(lambat sejam). sampai2 terus pergi hotel. kitorang stay kat hotel Progo. risau sangat pasal hotel ni sebab ada isu masa awal2 tempah bilik hari tu. tapi alhamdulillah tempahan sume ok masa sampai tu, xboleh check in bilik lagi sebab belum pukul 12, jadi kitorang just tinggal beg besar semua je dulu kat situ

oh lupa nak gtau, supir kitorang adalah supir yang sama macam dulu, jefri. tapi kali ni jefri da kerja kat hotel, jadi dia xleh nak drive kan kitorang, so yang ganti adalah kawan2 dia, tapi masa kitorang sampai tu, dia ada la sambut, sebab dia masuk keje shift petang. senang deal ngan jefri ni, sebab tu asyik dok upah dia je

then masing2 lapar, jadi g makan kat restoran sederhana, restoran ni memang dari first trip kitorang dok selalu pergi. tapi since kali ni nak g trans studio (next entry), singgah francais lain lak, yang da on the way



ramai kan, 16 orang kot. 12 dewasa, 4 budak budak, plus supir 4 orang. so total 20 orang. konsep restoran ni dia letak je semua lauk dalam pinggan kecik2, once usik, kena bayar. masa da abis makan tu, siap teka2 lagi ngan idzuan berapa kena ni, dia teka 400 ribu, aku 450 ribu, tetiba si jefri menyampuk 500 ribu;p sekali 800 ribu daaa( dalam RM280 kot), heee, tapi okla kot untuk ramai tu makan

hem, nak tau tak sebenarnya aku ngan idzuan xkeluar duit sangat pun untuk makan kat sini, sebab biasanya ada jee yang tolong bayar. kalau tak paksu, paklang. kalau tak paklang, mama. lajuuu je masing2 bayar, ada satu masa tu kitorang xperasan pun paksu da bayar, nasib xterbayar dua kali, alhamdulillah, rezeki, hee. tapi kitorang just tanggung makan  supir jela kat sana

sambung next entry pasal Trans Studio Bandung lak ye..

Related Posts with Thumbnails