Wednesday, November 30, 2011

Bandung Arrival

Hi Assalamualaikum..

Day 1(25/11/11)

flight ke bandung 6.35 pagi, aku dahla tido lambat dalam 12.30, xsempat lena, dalam 2.30 pagi da kena bangun, by 4.30 kitorang da ada kat lcct. check in apa sume, nasib baik sempat solat subuh before boarding. tapi yang sedih aku ngan mama (mak idzuan) terasing dari orang lain dalam plane. biasalah, beli tiket air asia xnak pilih seat, nanti kena bayar lebih, jadi pasrah jela duduk mana pun. 

sampai bandung dalam pukul 8 pagi waktu bandung, atau kul 9 pagi sini(lambat sejam). sampai2 terus pergi hotel. kitorang stay kat hotel Progo. risau sangat pasal hotel ni sebab ada isu masa awal2 tempah bilik hari tu. tapi alhamdulillah tempahan sume ok masa sampai tu, xboleh check in bilik lagi sebab belum pukul 12, jadi kitorang just tinggal beg besar semua je dulu kat situ

oh lupa nak gtau, supir kitorang adalah supir yang sama macam dulu, jefri. tapi kali ni jefri da kerja kat hotel, jadi dia xleh nak drive kan kitorang, so yang ganti adalah kawan2 dia, tapi masa kitorang sampai tu, dia ada la sambut, sebab dia masuk keje shift petang. senang deal ngan jefri ni, sebab tu asyik dok upah dia je

then masing2 lapar, jadi g makan kat restoran sederhana, restoran ni memang dari first trip kitorang dok selalu pergi. tapi since kali ni nak g trans studio (next entry), singgah francais lain lak, yang da on the way



ramai kan, 16 orang kot. 12 dewasa, 4 budak budak, plus supir 4 orang. so total 20 orang. konsep restoran ni dia letak je semua lauk dalam pinggan kecik2, once usik, kena bayar. masa da abis makan tu, siap teka2 lagi ngan idzuan berapa kena ni, dia teka 400 ribu, aku 450 ribu, tetiba si jefri menyampuk 500 ribu;p sekali 800 ribu daaa( dalam RM280 kot), heee, tapi okla kot untuk ramai tu makan

hem, nak tau tak sebenarnya aku ngan idzuan xkeluar duit sangat pun untuk makan kat sini, sebab biasanya ada jee yang tolong bayar. kalau tak paksu, paklang. kalau tak paklang, mama. lajuuu je masing2 bayar, ada satu masa tu kitorang xperasan pun paksu da bayar, nasib xterbayar dua kali, alhamdulillah, rezeki, hee. tapi kitorang just tanggung makan  supir jela kat sana

sambung next entry pasal Trans Studio Bandung lak ye..

3 comments:

mzhany said...

seronoknya bercuti ramai2 ni ros...

rosealley said...

hehe, best best:)

dd dudu said...

cepat sambunggg, xsabaa nak bacaaa ;)

Related Posts with Thumbnails