Monday, January 10, 2011

our home:)

I just need to blog this as a reminder, since aku ni pelupa orangnya

08.01.2011 - our first day at our new own home sweet home

not much, only rented apartment, rumah xhabis kemas lagi, barang2 dapur pun banyak kosong lagi, pinggan mangkuk langsung tarak, sekarang banyak makan toasted bread, tu pun sib baik ada org bg hadiah toaster, tapi tetap happy:)

Wednesday, January 5, 2011

kemas kemas

aku patut da kena kemas sikit2, sebab sabtu ni memang nak pindah terus, jadi ingat jumaat malam ke nak angkut dah la sikit, tapi angin malas ni kuat betul la, xsuka packing, selalu buat last minute

rasanya barang kitorang xbanyak sangat, sebab memang xbawak keluar pape sangat dari rumah ni, barang dalam bilik tidur jela kan, ngan hadiah2 kahwin ari tu, berguna akhirnya:) (thanx eh korang!) tapi kadang nampak je macam sikit, bila da packing nanti, bertimbun jugak

ok insaf, nak kemas la sket, tapi nak main sudoku jap eh

Tuesday, January 4, 2011

aku xreti...

tetiba aku rasa rendah diri masa discussion tadi, ikutkan diorang brief pasal system n each module yang kitorang kena wat nanti tu, masa tu ada mr r, mr h yg briefkan, aku n mr s dengar..

tapi lama2 pastu diorang dok bincang pasal programming language mana yang ok, kenapa yang tu ok, kenapa yang ni x, netbeans la eclipse la, oracle jdeveloper la, banyak lagi la, sume tahap2 discussion orang pandai la kan, sebab diorang suka kot research2 pasal menda2 teknikal tu sume, ok serius masa tu aku senyaaap je, ikutkan whole discussion pun aku banyak senyap, angguk2 je, heee, tapi masa diorang dok cite pasal tu aku paling blur, aku hanya reti guna ye, xreti la nak buat review2 bagai, n xsuka jugak nak explore2 ni, dasar pemalas macam ni la;p

diorang cakap akan kena present submodul2 yang aku pegang nanti kat user, sebab nak amik requirement kan...ok itu adalah dreadful, aku benci presentation, benci benci, tau la bagus untuk skill, tapi tetap xsuka T__T suka kerja belakang tabir je, wat coding je nak, hee

tadi da dapat sticker kereta n id staff, muka adalah comot dlm id tu sebab penat berjalan sana sini dengan xpakai bedak apa sume, dalam kampus ni, senang jalan je, xjauh sangat pun jarak antara setiap tempat, tapi since pegi situ sini tadi, dan cuaca adalah panas, jadi muka adalah berminyak2, seb baik pakcik guard tu tunjuk dulu gambar tu, terkejut tengok muka sendiri terus mintak dia amik gambar lain

lunch tadi g makan ngan wani, ex officemate, pakej percuma kawan wani. seronok sebab dah lama xjumpa dia, last masa kat tx jela, seronok jugak jumpa kawan wani, g makan kat hostel student, jumaat ni nak join dia jalan2 lagi:D

rumah aku ke ofis sekarang 10 min je, heaven la, kejap je rasa dalam kete, ikutkan aku tau jalan jauh je, tapi semalam kak la tunjuk jalan dekat tu, pagi tadi try, sesat gak tapi seb baik leh kembali ke jalan yang benar, haha

sekian satu lagi entri rojak dari aku.

Monday, January 3, 2011

kerja baru

aku masuk kerja baru hari ni, ikutkan ni 3rd job dari aku betul2 stat keje, as developer la kan, masa jadi research assistant tu xyah kira la, so dalam masa setahun setengah cam tu, ni da keje ketiga

hopefully kerja kali ni ok, setakat ni nampak cam ok, tapi memang xde keje lagi, adalah sangat bosan sekarang, team aku lak ada 2 orang je pompuan, sorang lagi tengah maternity leave, so kesorangan la saya, xpe2, seb baik ada je girls lain dari management team tadi ajak makan, cepat je aku nak join

tadi masa kat pantri amik air,teammate aku tetiba offer nak wat kopi, haha, terima jela, pastu sorang lg team mate datang kata kat teammate aku tu xpenah pun watkan air untuk dia, haha, perks being the only girl kot;p yela, cuba ko bayang kan laki wat air untuk laki lain sesaje, pelik kaaan, haha

so apa yang aku wat hari ni masa kebosanan adalah merapatkan silatulrahim, haha, ym orang tu, ym orang ni, gtalk ezan dari pagi sampai petang siap dok ngarut2 reka cerita la berangan la, komen fb, update twitter, sume2 la yang aku jarang or xpenah wat kat opis lama, heee


Tuesday, December 21, 2010

vivo


vivo pizza, di times square. the pizza is not bad, ada rasa masakan melayu sket, tapi roti piza tu lembut, n xkedekut isi topping, cheese adalah sangat banyak ok, walaupun still xleh lawan kesedapan papa john, tapi layaan..baked meatball spaghetti tu ada cheese kat atas, ok jugak, dan aku suka meatball dia, setaap!



teka sape minum air mane, heee



Monday, December 20, 2010

rumah rumah:)

akhirnya dapat juga rumah sewa yang berkenan, alhamdulillah

selepas berpenat lelah pusing jalan sana, pusing jalan sini, amik no fon, calling tuan rumah/agen tapi akhirnya kecewa sebab samada orang dah booking, mahal sangat, nak jual jela..ada gak yang dah tengok tapi xberkenan, last2 dapat juga yang dekat je ngan rumah sekarang

apartment je, tapi mostly barang2 dah ada, katil, washing machine, peti, kabinet dapur, kabinet tv, almari sume da ada, senang sket keje aku, masuk2 xyah beli barang sangat, yela, ikutkan nanti nak gak pindah rumah sendiri, so masa tu jela baru beli barang betul2

since tadi da dapat terus kunci rumah, hujung minggu ni nak kena basuhla, yosh, can't wait!:D

hantu kak limah balik rumah

adalah sangat2 kelakar!

memang teringin sangat nak tengok cerita ni, mungkin sebab aku suka tengok Zombi Kampung Pisang kot...lagipun banyak juga baca review kata cerita ni best

bagi aku berbaloi, sebab kuat kot aku gelak masa tengok, kadang sampai xdengar da dialog sebab sume pun dok tengah gelak

kisah ni pasal awie, yg balik kg pisang, lepas 2 tahun keje kat singapore, pastu kak limah ni jiran dia, tapiiii....ok tengokla sendiri ye, awal2 agak seram tauuu, huhuuu, dahla aku penakut banyak bukan sket, huuu

ok, sebenarnya nak letak gamba, tapi masa gugel tetiba gerun so xjd, haha

enjit enjit semut, sape sakit naik atas....shoot, dok terngiang2 lagu ni T__T


Related Posts with Thumbnails