Friday, August 13, 2010

friendship award

okie, jap, nak nangis ni, first time ni dapat award ni


mekasih ye cik Linda a.k.a Miss Red yang sudi memberikan award pertama, xpenah2 lagi ni, kira leh masuk Rose Book of Records nih, friendship award pulak tu. Linda ni officemate aku, dan dia adalah suka warna merah, apa2 pun mesti nak merah, kadang nak solat kat surau pun da cop awal2 sejadah merah, heeee

owh, kamu!!!kamu yang baca entri ni!!ha, yelah kamu, da kena tag tau, so sila la ambil award friendship day ni ye,sebab semua yang baca entri ni adalah kawan-kawan tersayang:)

p/s: tetiba nak tergelak baca ayat kat award tu;D


Thursday, August 12, 2010

bazar ramadhan

assalamualaikum...

kenapa rasa penat sangat ye hari ni??adakah sebab seperti biasa aku tidur lepas subuh tadi so bila bangun terus badan xbermaya??xleh fokus aku buat kerja hari ni, dahla kerja nak kena siapkan cepat ni, kenooot malas malas dah

pagi tadi aku sahur cam biasa je, panaskan lauk semalam, untuk idzuan aku gorengkan nuget ayam, tapi adela rompak nuget jugak sebarang dua dari dia, okiela, rasa sosej, hee, sebab nuget tu mmg ada sosej chunk dalam tu

rindu la nak g bazar ramadhan, kalau dulu kat kajang tiap2 ari g bazar serdang, ngan wawa si peneman setia, haha, sebab masa tu kitorang keje upm, so balik tu mmg singgah lah jap, tapi kaaan, kadang time wiken pun pergi sana jugak, haha

kalau da sampai tu round xpernah sekali, mesti nak kena tawaf paling kurang 2 kali, 3 kali pun pernah kot, tapi kadang beli benda sama je, biasanya nasi kerabu cikgu zaini, ngan popia goreng pedas, owh, sedapnyaaa, popia goreng pedas bazar serdang adalah terbaik, mmg kena beratur kalau nak beli

rindu perasaan nak round2 tengok makanan yang banyak, pastu sambil fikir sedaaapnyaaa, sedapnya air tu, sedapnya kuih tu, owh, lamanya xmakan menda tu..pastu beli kuih2 manis, pastu suka jugak suasana bazar ramadhan tu sebab meriah, huhu

sekarang ni nak pergi pun susah sebab bazar serdang tu cam jauh kalau nak balik puchong, bazar kat umah xbiase lak pegi, pastu idzuan dia xsuka sangat keluar2 nih, xkanla nak g sorang2, bohsan laa, tapi bagusla jugak sebenarnya xpegi sebab leh jimat, kadang boros je aku ni beli macam2, tapi last2 xlarat nak abiskan, tapi tulaaa, rindu la nak pergi, nantila kalau time bukak pose ngan kengkawan leh ajak diorang pergi:)


Wednesday, August 11, 2010

iftar hari pertama

buka puasa dengan apa kawan2???aku tadi makan nasi putih ngan sambal sotong ngan sup sayur ada cendawan2 sikit(i like) ngan telur dadar, simple tapi sedap:) semuanya bukan aku yang masak, mama(mak mertua) yang masak, aku tolong emmmm jap tolong emmm, haa, tolong bubuh2 nasi ngan angkat lauk2 bawak g meja makan je kot

tadi tetiba culture shock jap, heee, xde...tadi masa da nak azan tu, aku da get ready la kat meja makan, ngadap sirap bandung yang menggoda tu, mmg da xsabar masa tu, pastu elok2 azan cam yeay da leh minum, tapi tetibe macam pelik, eh, napa aku sorang kat meja makan ni, diorang xnak makan ke????huhuu, macam gelojoh sgt ni kalau nak terkam dulu ni

pastu aku nak minum pun tetiba rasa bersalah, azan kat tv tu xsama ke kan, napa diorang xnak makan minum lagi ni, tetiba izwan dtg, terus aku tanya, eh, da buka puasa kan???boleh dia cakap sabar tunggu sampai abis azan dulu T____T....terpaksa la aku tunggu je, tapi tetap xtahan, tengah2 azan tu da teguk air habis, xkontrol macho dah, haha

aku da biasa kalau kat kampung, sebelum azan lagi masing2 da serbu tempat makan, kalau rumah aku ada 2 tempat makan time bulan pose, 1 kat meja makan betul, tu biasa untuk mak ayah ngan org pangkat2 tinggi sket cam abg kakak aku,satu lagi kat bawah atas tikar, aku biasala pilih kat bawahla senang sikit nak melantak banyak2, tapi biasa kat bawah ni semua jenis kuat melahap

bila da ada 2 tempat ni, mestila semua kena ada 2 hidangan kan, aku ingat dulu masa kecik2 aku selalu berkira ngan abang aku, mesti nak kena sama banyak portion atas bawah hidangan tu, haha, padahal kadang orang atas lagi sikit, sekarang xde dahla, dah matang;p

pastu kadang lambat lagi nak azan, tapi semua da amik port masing2, yang pasti makanan kena da siap sedia semua bubuh dalam pinggan, port mestilah strategik supaya senang nak tambah especially kalau hidangan tu ialah kuetiau goreng, owh my favourite!


first day puasa, 2 month:)

hi assalamualaikum..

hari ni first day puasa, hari ni jugak anniversary 2 bulan kitorang:) yg sebenarnya, aku xperasan pun, tetiba idzuan yang cakap tadi, dan itu salah satu sebab kenapa aku sayang dia, kadang dia lagi ingat dari aku pasal2 tarikh ni, pasal2 history masa kitorang couple pun aku rasa dia lagi ingat, almaklumla aku ni cepat lupa, huhu, papepun aku nak wish idzuan happy 2 bulan kahwin b kepam! it's been a thrilling journey but also a wonderful one:)

tp malangnya masa idzuan wish pagi tadi, mood aku adalah sgt cranky, mungkin sebab tidur lepas subuh kot, sebenarnya xnak tido, nak terus wat keje, tapi da ngadap laptop pun atas katil, paham2 jela, tapi bila bangun tidur, badan terus jadi xbest, huhu, memang xde mood langsung nak cakap, siap idzuan 2,3 kali cheerkan aku suruh semangat skit

korang sahur x??kitorang kunci jam kul 4.45, pastu snooze, pastu nasib baik sedar balik dlm 5.10, terus cepat2 siapkan roti telur untuk idzuan(since idzuan xmakan nasi time sahur), aku makan nasi jela, lauk gulai daging semalam panaskan ngan telur masin. harap2 bertahan, tapi kalau xtahan pun kenala tahan jugak kan, so selamat bertahan bersama2 semua, adios!


Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Al Mubarak

Alhamdulillah, aku diberi kesempatan nak menikmati lagi Ramadhan tahun ni..Tapi berbeza kali ni, sambut puasa dan raya sebagai isteri orang, hihi, camnela tuuu

Harap2 aku dapat memanfaatkan sepenuhnya pahala yang melimpah ruah bulan ni, tapi sebelum tu nak minta maaf dulu kat semua kalau ada salah ngan silap aku selama ni, kira kosong-kosong jela boleh??

Semoga kita semua diberkati di bulan yang mulia ni, amiiiin, selamat berpuasa ye kawan2!!:)

motif tayang gambar??

Sunday, August 8, 2010

nandos ioi mall puchong sucks!!

tadi g dating kat ioi mall puchong, lepas tengok wayang avatar the last airbender, idzuan ajak makan nandos, masa kitorang sampai2, dudukla tempat yang xdibersihkan lagi, few minutes, xde org dtg bersihkan, last2 kitorang yang kena panggil waiter suruh bersihkan, n mintak menu sekali, ok dia dtg ambil pinggan2 sume, tapi xlap, ingatkan nak dtg balik, haraaam xde...

last2 panggil waiter lain suruh lap, memang lap jela kejenya, menu xbagi lagi, berat sangat ke tah nak bawak menu tu, hampeh, dah geram ni, berapa minit jugak tunggu nih, pastu panggil waiter 1st tadi balik, tapi dia terus datang nak amik order, common sense lah wei, ko xnampak ke meja kitorang xde menu pape lagi pun,aku da geram sangat masa tu terus cakap 'menu pun xdapat lagi, da berapa lama kitorang kat sini', pastu baru nak buat muka xbersalah, owh, menu xde ye, waddeheeel betuuuuul, ikut hati nak keluar da, tapi sebabkan idzuan da lama teringin nak makan nandos stay jela

aku order cam biasala, quarter meal tu, amik mushroom soup sekali, sampai da abis makan sup xsampai2 ag, nak kena mintak baru la dtg terhegeh2, aku perasan kat sini pekerja2 dia xalert, pinggan orang meja sebelah yang dah lama abis makan dia xangkat2, tunggu customer lain datang nak duduk meja tu baruuuuula hegeh2 nak kutip, serius kalau ada customer feedback form tu kat atas meja, panjang da kot komplen aku karang, memang panas hati, dahla lapar masa tu:(

oh satu lagi, antara banyak2 nandos, kat situla coleslaw paling xsedap, huh

p/s: paling suka nandos kat mines, staff dia setakat ni bagus2

Saturday, August 7, 2010

sabtu yang reduuup

penatla, baru lepas balik dari meneman idzuan ambil gambar konvokesyen adik keri, ikutkan mata ni memang macam da beraaat sangat nak tutup, tapi tahan sebab nak solat asar terus ni, kalo da baring, lambat lagi la nak bangun

tadi sangat bosan ok menunggu diorang photoshoot, dahla xbawa novel ke apa nak baca, so dok merenung dan berangan jela kat kerusi tu, bila nampak kerusi sebelah kosong terus pindah sebab situ ada suratkhabar, sekali yg semalam, tapi xkisahla, sebab dah bosan sangat, sampaikan artikel pasal politik pun aku baca, lapar pun ada masa tu, sebab da pukul 1 lebih kot, da abis baca tu, dah xtau nak wat pe, ber camwhore jap, tapi elok2 lak lepas tu bateri xde, huhuuu, seb baik xlama lepas tu da nampak diorang datang:)

lepas da sudah tu, keri belanja makan kenny rogers:) hati adalah senang sebab dapat makan. jalan2 jap kat alamanda, beli bedak n few other things, ikutkan nak g carrefour cari barang dapur, sekali baru perasan ari ni sabtu, xdapat plastik, so plan nak membeli tunda esok jela.

hari ni redup je kan, sangat selesa ooo melepak2 cuaca xpanas camni:) oh tetiba entri aku ni macam rojak, dan tetiba xtau nak ending camne, babaii jelah

Related Posts with Thumbnails