Tuesday, June 29, 2010

Silang kata Solusi

Setelah bersusah payah bersama Aida yg berusaha mencari perkataan yang xpernah tau pun wujud kat website Dewan Bahasa, akhirnya berjaya siapkan silangkata itu,yeay!ambil masa 3-4 jam gak tadi, entah2 orang pakar bahasa dalam bape2 minit pun dah siap kot, heeee

aku rasa dalam banyak2 jawapan tadi aku cuma tau maksud 2, 3 perkataan je kot cam Minat & Umpama. Yang lain semua kena tengok kamus, cam Merawal, Pusta, Ecek, Alimiat, etc2, huhu, hebat sungguh orang yang wat silangkata ni

Wednesday, June 23, 2010

kehidupan selepas kahwin

p/s: ok jgn gelak, entri ni cam poyo sket

kahwin sangat indaaaah!........

haha, gurau je, aku rasa ayat tu selalu orang yang baru kawen cakapla. bukanla juga nak cakap tak indah, aku suka je kahwin, sebab dapat selalu jumpa ngan orang yang kita sayang, kalo dulu hujung minggu jek, huhu, tapi aku masih nak adaptkan diri aku ngan environment baru, bukan senang terutama bila aku dulu masa bujang xsuka mengemas, xsuka memasak, suka melepak2 depan tv bila balik keje, main game lama2, pastu mandi da nak tengah malam, bangun pagi pun lambat, free n easy la katakan, xde rasa tanggungjawab sangat.

tapi beza bila da kawen, aku da xboleh nak bersenang lenang macam dulu, kain kering lepas jemur kena terus lipat(dulu biar jek, huhuh), kena rajin2 kan diri buat breakfast untuk husband, sebelum tu kena fikir dulu nak wat scramble egg ke nak goreng cucur badak segera ke nak wat roti telur, haha...

masak lauk2 aku xwat lagi sebab biasanya mak mertua yang masak, aku tolong2 basuh pinggan jela, balik keje pun xleh lewat2 sangat dah, kena jadi seorang yang rajin mengemas, hiumm, bukan senang nak tukar perangai(bg akula), masih xbiasa nak mintak izin kalau nak buat atau nak g memana, tapi aku redha:) aku buat semua ni sebab aku sayang dia, aku cuba untuk jadi seorang isteri terbaik bagi dia, tapi aku harap juga dia faham, yang aku masih mencuba, mungkin slow2 merangkak tapi i'm trying all d best that i could.

aku juga bersyukur dapat suami seperti dia, bukan senang nak hidup ngan aku ni, perangai cam budak2, manja, suka merajuk, boleh rilek je baca novel bila dia komplen2 sebab serabut bilik banyak barang sebab da campur barang aku sekarang ;p, xpandai masak, keras kepala sikit, ego sikit, susah orang nak faham tapi expect orang faham aku, heee tapi dia bagi aku sudah cukup memahami. insyaAllah Allah telah berikan jodoh yang terbaik untuk aku:)

sayang kamula encik husband kepam!

Friday, June 11, 2010

Utusan Aku Nak Kawen

**sticky entry lah jap, xlama pun, sampai aku kahwin kot**



Err, boleh tak tak reti camne nak wat ayat ajak orang ni, emmm...

Di kesempatan ini...ok, xleh guna ayat skema, emm, aku da nak kawen ni, 12hb 6 kenduri belah kelantan. Di jemput la ye semua kawan2, kalau xleh datang belah aku pun, sebab jauh kan, so aku paham, leh datang belah laki kat Puchong, 26 hb 6 ni. Kalau korang baik, bagila alamat ye, nak pos kad kawen ni. Doakan semua berjalan lancar yeee, asyik pening2 da aku fikir pasal persiapan kahwin ni

Tuesday, June 1, 2010

doakan mereka selamat

Israel Serang Kapal Bantuan Ke Gaza: Nasib Rakyat Malaysia Belum Diketahui

PETALING JAYA: Tindakan kejam dan biadab tentera marin Israel yang menyerang kapal Mavi Marmala kira-kira jam 7.30 pagi tadi (waktu Malaysia) ketika kapal tersebut dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza (rajah) setakat ini telah mengorbankan 15 sukarelawan dan 30 lain cedera.

Belum dapat dipastikan nasib 11 rakyat Malaysia yang turut serta dalam konvoi laut berkenaan.

Difahamkan tentera rejim Zionis telah menguasai bilik media menyebabkan hubungan dengan kapal-kapal terbabit putus.

Pengarah Palestine Center of Excellence (PACE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor yang mengesahkan insiden tersebut kepada mStar Online berkata, bagaimanapun sehingga kini tiada maklumat sama ada sukarelawan Malaysia antara yang menjadi mangsa atau tidak.

"Seramai 12 sukarelawan Malaysia terlibat dalam misi ini, termasuk dua wartawan Astro Awani. Tapi kita masih belum mendapat maklumat sama ada mereka yang terkorban atau cedera itu melibatkan sukarelawan kita atau tidak," katanya di sini hari ini.

Dua warganegara Malaysia - wartawan, Ashwad Ismail dan jurukamera, Shamsul Kamal Latip dari Astro Awani - menaiki kapal Turki bernama Mavi Marmara yang diserbu komando Israel.

Pagi tadi, Mavi Marmala telah diserang oleh tentera Israel menggunakan peluru hidup dan semburan gas sebelum sempat rombongan tersebut memasuki perairan Gaza.

Konvoi Freedom Tortilla adalah konvoi kemanusiaan terbesar yang disertai oleh 50 buah negara termasuk Malaysia.

Rombongan kemanusiaan ini melibatkan lebih daripada 700 peserta dan kapal Mavi Marmala membawa seramai 540 orang penumpang.

------

td dengar dlm Hot fm, ada sorang wife kepada sukarelawan ni rayu2 1 Malaysia doakan keselamatan husband dia n sukarelawan2 lain, sedih lak aku dengar tadi, so ni nak pass2 kat korang la, jom sama2 doa supaya diorang selamat, amiiin

source taken from mStar online
Related Posts with Thumbnails