Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya:)

hi assalamualaikum,

aku kat rumah ni, EL ari ni, memang da malas sangat nak kerja, ingatkan nak bersihkan rumah hari ni, tapi baru je pas bersihkan dapur, perut da bunyi2, haish xleh jadi ni, nak dekat berbuka nanti la baru sambung

semalam kitorang order dominos, macam biasa amik set combo deal 1 yg ada regular pizza, roti n air coke, pastu kitorang add on choc lava cake sekali(sedaaap). bila order sampai, tersalah order ngan orang lain, dapat 1 large piza, roti, ada lasagna n air 100 plus, bila kol dominos balik, dia kata akan hantar order kitorang, yang salah tu makan jela,wahhh:) last2 buka semalam makan piza, sahur makan piza, petang ni buka pun makan piza kot, last2 muka pun makin bulat cam piza nih kang

korang balik kampung bila?aku esok pagi kot, tapi tapi, tahun ni balik penang, sob sob, sebab tahun lepas da balik kelantan, sedih je bila mak cakap hari tu, xde orang la raya tahun ni T__T padahal aku je yg xbalik, abang2 kakak aku sume ada, tapi yela, ni first time xraya kampung......tapi xpela noks, macam nila kalau da kahwin n family jauh2,kena bertolak ansur, nevermind, tok selalu masak sedap2:)

oh, since nak dekat raya ni. aku n idzuan nak minta maaf banyak2 kalau ada tersalah cakap ke, korang terasa hati ke eh..halalkan makan minum, doakan kami selamat pulang ke kampung dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Harap2 raya tahun ni korang hepi2 je. Drive leklok ye untuk sesapa yg nak balik kampung tu:)

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday 13

miu miu sakit. muntah2, cirit, xnak makan T_T

Wednesday, August 10, 2011

masterclass

semalam siang buat master class ngan kuku, dia la ajar, aku jd anak murid je, ajar camne nak buat sambal yg dia biasa buat, sebab dulu penah try, sedap!

pastu balik tu, aku nak try panggang ayam guna oven, semalaman da perap ayam ni, tapi neves gak, first time nak masak guna oven ni, elok2 tengah masak tu, loyang meleding,argh, scary, masa tu da fikir macam2, adakah xleh letak atas loyang terus, kena alas ke...huhu

cepat2 kol lina tapi  xdapat, last2 kol wawa, nasib baik dia cakap biasa je tu, loyang tu maybe nipis, heee, so xberapa tahan panas, pastu buat lagi masterclass masak ayam guna oven ngan wawa melalui fon, hee, macam2 soalan aku tanya ngan macam2 tips la wawa kasik, nanti boleh cuba, thanks wa:)

aku tang masak memang amatur sangat la lagi, sedap xsedap si idzuan jugak kena rasa, tapi dia bagus, kalau xsedap pun dia xkan cakap, makaaan je, cuma aku la yang sibuk nak tanya, sedap keee, tawar?masin?haha, pastu mula la kecik ati bila dia cakap jujur, padahal sendiri yang tanya;p tapi paling seronok tengok kalau dia suka makan, laju je habiskan:)

Saturday, August 6, 2011

sabtu malam

hai assalamualaikum

kat mcd ni, teman idzuan ada meeting ngan kawan, so sesambil surfing, hari ni bukak pose ngan GCB je, huish, sedap la, lama da xmakan, tapi kenapa aku rasa makin kecik eh, ke perasaan aku je, dasar tamak, hee

makan ni dalam lepas isya', so iftar tadi,makan ringan2 je, kurma ngan rojak buah, tapi boleh tahan kenyang gak.

emm, xtahu la apa sebenarnya motif entri ni, haha, bosan kot, aku jadi peneman je ni, jap lagi nak tengok cerita korea la, sekarang ni tengah layan 49 days, best! tapi da last2 ni aku banyak skip2, biasa la cite korea, lama sangat, sampai 20 episod, ok daaaa:)

Thursday, August 4, 2011

spoil mood

rumah aku ni ada 1 masalah besar, kitchen drain tersumbat, kadang dia ok je, basuh la pinggan banyak mana pun, tapi ada certain time basuh sket je dia da banjir keluar air, hish, seriusly menyakitkan hati ok

macam semalam, aku balik2 rumah nak masakla, dahla dari pagi dalam kepala da decide nak masak apa, elok2 je nak basuh bawang, banjir lagi, spoil mood gila2, sebab fikir macam mana nak masak kalau xleh bukak paip langsung, last2 aku g tido dulu, haha, sejam pastu bangun masak. still tak ok, tapi da kurang, so aku redah je, basuh sikit2, yang lain tinggal basuh kendian, nak masak nasi pun susah kot T_T

sampai ke pagi ni x ok, aku dahla tinggal periuk kuali apa semua semalam, sebab fikir biasanya dia xlama jadi camni, sekali banjir gak, terpaksa biar je dulu, dahla xsuka biar lama2 xbasuh, xselesa la weh, rasa macam ada benda lagi aku xsetel buat. xbest tengok dapur xkemas. petang ni harap da ok la, xpun, kalau malas sangat nak fikir, aku beli je lauk kat bazar, senang kan, hee, setakat ni xpegi bazar lagi ni T_T

Tuesday, August 2, 2011

masak lemak cili padi

semalam buka puasa masak simple2 je,
since idzuan suka makan pedas, aku masak lemak cili padi ayam versi negeri sembilan
langsung xguna bawang ngan minyak, senang sesangat
gambar xde eh, sori, kalo ada pun, xlawa la, aku ni bukan pentingkan presentation, yang penting boleh ngap, hee

Resepi dari Little Parlour

Bahan-bahan:
Ayam-buang kulit kecuali ayam kampung
Santan
Cili Padi-blend
Kunyit hidup-blend
Daun kunyit(aku xletak sebab xde)
Serai-diketuk
Asam keping
Garam

Cara memasak:
Toskan ayam yang dah dicuci untuk mengeluarkan lebihan air. Gaulkan ayam bersama serai, cili padi dan kunyit hidup yang dah diblend di dalam kuali diatas api perlahan. Tujuannya untuk mengeringkan air ayam. Bila air ayam dah kering, boleh la masukkan santan cair. Bila ayam dah kecut/masak dan santan dah mendidih masukkan asam keping, santan pekat, dan garam. Bila mendidih sekali lagi, boleh letak daun kunyit dan tutup api. Siap.


simple kan, sap sap soi je, oh, kat rumah kitorang memang pesen masak 1 lauk je. 1 sebab idzuan xkisah, 1 lagi sebab macam la aku rajin sangat, haha, kalau 2 ke paling banyak pun 3, kira meriah sangat la tu;p

Monday, August 1, 2011

Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak semua. 
Harap2 puasa tahun ni lebih diberkati, amiiin. Minta maaf ye atas semua salah silap :)

Related Posts with Thumbnails