Showing posts with label wawa. Show all posts
Showing posts with label wawa. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

masterclass

semalam siang buat master class ngan kuku, dia la ajar, aku jd anak murid je, ajar camne nak buat sambal yg dia biasa buat, sebab dulu penah try, sedap!

pastu balik tu, aku nak try panggang ayam guna oven, semalaman da perap ayam ni, tapi neves gak, first time nak masak guna oven ni, elok2 tengah masak tu, loyang meleding,argh, scary, masa tu da fikir macam2, adakah xleh letak atas loyang terus, kena alas ke...huhu

cepat2 kol lina tapi  xdapat, last2 kol wawa, nasib baik dia cakap biasa je tu, loyang tu maybe nipis, heee, so xberapa tahan panas, pastu buat lagi masterclass masak ayam guna oven ngan wawa melalui fon, hee, macam2 soalan aku tanya ngan macam2 tips la wawa kasik, nanti boleh cuba, thanks wa:)

aku tang masak memang amatur sangat la lagi, sedap xsedap si idzuan jugak kena rasa, tapi dia bagus, kalau xsedap pun dia xkan cakap, makaaan je, cuma aku la yang sibuk nak tanya, sedap keee, tawar?masin?haha, pastu mula la kecik ati bila dia cakap jujur, padahal sendiri yang tanya;p tapi paling seronok tengok kalau dia suka makan, laju je habiskan:)

Thursday, August 12, 2010

bazar ramadhan

assalamualaikum...

kenapa rasa penat sangat ye hari ni??adakah sebab seperti biasa aku tidur lepas subuh tadi so bila bangun terus badan xbermaya??xleh fokus aku buat kerja hari ni, dahla kerja nak kena siapkan cepat ni, kenooot malas malas dah

pagi tadi aku sahur cam biasa je, panaskan lauk semalam, untuk idzuan aku gorengkan nuget ayam, tapi adela rompak nuget jugak sebarang dua dari dia, okiela, rasa sosej, hee, sebab nuget tu mmg ada sosej chunk dalam tu

rindu la nak g bazar ramadhan, kalau dulu kat kajang tiap2 ari g bazar serdang, ngan wawa si peneman setia, haha, sebab masa tu kitorang keje upm, so balik tu mmg singgah lah jap, tapi kaaan, kadang time wiken pun pergi sana jugak, haha

kalau da sampai tu round xpernah sekali, mesti nak kena tawaf paling kurang 2 kali, 3 kali pun pernah kot, tapi kadang beli benda sama je, biasanya nasi kerabu cikgu zaini, ngan popia goreng pedas, owh, sedapnyaaa, popia goreng pedas bazar serdang adalah terbaik, mmg kena beratur kalau nak beli

rindu perasaan nak round2 tengok makanan yang banyak, pastu sambil fikir sedaaapnyaaa, sedapnya air tu, sedapnya kuih tu, owh, lamanya xmakan menda tu..pastu beli kuih2 manis, pastu suka jugak suasana bazar ramadhan tu sebab meriah, huhu

sekarang ni nak pergi pun susah sebab bazar serdang tu cam jauh kalau nak balik puchong, bazar kat umah xbiase lak pegi, pastu idzuan dia xsuka sangat keluar2 nih, xkanla nak g sorang2, bohsan laa, tapi bagusla jugak sebenarnya xpegi sebab leh jimat, kadang boros je aku ni beli macam2, tapi last2 xlarat nak abiskan, tapi tulaaa, rindu la nak pergi, nantila kalau time bukak pose ngan kengkawan leh ajak diorang pergi:)


Friday, July 23, 2010

coret-coret jumaat

hi, baru balik dari alamanda ni, ezzan the gorgeous girl belanja aku n wawa. sedapnya dapat makan fish n chips kat secret recipe. ezzan belanja aku sebab emm sebab minggu lepas ezzan da belanja orang lain tapi masa tu aku mc sebab kegatalan yang melanda, belanja wawa lak sebab besday dia.

seronok dapat borak2, kalau ngan ezzan, mesti dapat dengar gosip2 terbaru, heee, aku biasala jadi pendengar setia, tadi seronok dengar dia cite pasal macam2, pasal keje, doktor2 hensem, blackberry(uuu, nak blackberry jugak!), haha, macam2 lagi la. it was fun, lama dah xbuat camtu, thanx ezzan sebab belanja kitorang:)

before balik tadi, sempat singgah beli majalah, bukan satu, tapi 3. i don't know what's wrong with me, tapi xleh tahan, mesti nak beli jugak, cam xpuas je kalo setakat belek2, if idzuan baca ni, mesti dia marah, yela, baca sekali je kan, dahla duit tengah xde sangat sekarang, kalau gaji masuk lambat lagi bulan ni, naya la:(

tadi pun teerrrrbeli, heee, xdela, sengaja beli Palmer's Skin Therapy Oil, nak letak dekat parut2 jerawat ni, xtaula napa, pas kawen ni, asyik dok timbul jerawat jek, huhu, banyak lak tu, dulu kalau timbul pun ikut giliran, satu satu la kan, pastu kulit pun cam kering, kurang minum air kot. saja jela beli, sebab antara benefit dia untuk scar ngan dry skin. Benefit2 lain untuk stretch marks, uneven skin tone ngan aging skin. Harap2 berkesan la.


Palmer's Cocoa Butter, from gugel

okla, nak fokus 200 peratus nak buat keje. Tinggal berapa hari je lagi before nak submit ni. Babaiiii, selamat berhujung minggu ye kawan2.

Thursday, July 22, 2010

hepi besday wa!

Semalam bithday Wawa yang ke 26!!Happy birthday my dear, hope you have a wonderful life ahead!!

Kenal wawa dari zaman uni, tapi kenal biasa2 jela, sebagai coursemate. Lepas da abis belajar, kitorang dok 1 umah sewa kat kajang, ngan aya. Masa ni lah kitorang stat rapat, amik m*st*r sesama, tapi masing2 sampai sekarang tengah pening nak abiskan ke x, geng g makan kfc malam2 kalo tetiba lapar, dan mesti pilih tingkat atas tepi tingkap. Bila aku pindah Equine, dia pindah situ jugak, tapi rumah lain. Pastu bila housemate pindah, wawa masuk balik rumah aku, ko memang sayang aku sangat eh waa, heeeee;)

Nak pindah keje lain pun sesama, tu yang sekarang kitorang masih 1 opis, cuma beza floor je, kalau nak turun solat tu, bukak pintu je da nampak wawa, heeee. So semalam, sempena birthday dia, belanja kawan karib sorang ni makan Kenny Rogers:)



muka seronok dapat makan. Macam biasala amik quarter meal black pepper extra gravy ngan muffin coklat. Delicious. Ingat dulu masa bertiga ngan Aya, siap 2,3 kali mintak tambah gravy.

muffin coklat yang sedap, membuatkan aku terliur masa tengah puasa ni.


Related Posts with Thumbnails