hi assalamualaikum,
aku kat rumah ni, EL ari ni, memang da malas sangat nak kerja, ingatkan nak bersihkan rumah hari ni, tapi baru je pas bersihkan dapur, perut da bunyi2, haish xleh jadi ni, nak dekat berbuka nanti la baru sambung
semalam kitorang order dominos, macam biasa amik set combo deal 1 yg ada regular pizza, roti n air coke, pastu kitorang add on choc lava cake sekali(sedaaap). bila order sampai, tersalah order ngan orang lain, dapat 1 large piza, roti, ada lasagna n air 100 plus, bila kol dominos balik, dia kata akan hantar order kitorang, yang salah tu makan jela,wahhh:) last2 buka semalam makan piza, sahur makan piza, petang ni buka pun makan piza kot, last2 muka pun makin bulat cam piza nih kang
korang balik kampung bila?aku esok pagi kot, tapi tapi, tahun ni balik penang, sob sob, sebab tahun lepas da balik kelantan, sedih je bila mak cakap hari tu, xde orang la raya tahun ni T__T padahal aku je yg xbalik, abang2 kakak aku sume ada, tapi yela, ni first time xraya kampung......tapi xpela noks, macam nila kalau da kahwin n family jauh2,kena bertolak ansur, nevermind, tok selalu masak sedap2:)
oh, since nak dekat raya ni. aku n idzuan nak minta maaf banyak2 kalau ada tersalah cakap ke, korang terasa hati ke eh..halalkan makan minum, doakan kami selamat pulang ke kampung dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Harap2 raya tahun ni korang hepi2 je. Drive leklok ye untuk sesapa yg nak balik kampung tu:)
1 comment:
Selamat Hari Raya.. Zana mohon ampun & maaf sekiranya ada tersalah kata & terkasar bahasa sepanjang perkenalan kita dalam dunia blog ni.. semoga lebaran kali ni lebih bermakna untuk kita semua.. take care.. Salam lebaran penuh ikhlas dari Zana Adieyza Sekeluarga..
Post a Comment