Showing posts with label chibi. Show all posts
Showing posts with label chibi. Show all posts

Monday, September 12, 2011

kucing kucing ku

da buat album dalam fb, tapi naaak jugak masuk dalam blog, tapi xsemua gambar la, pilih2, sayang betul kat kucing2 ku ini, nasib baik xterhantar ke petknode keji itu, hampir2 da tau T__T

2 ekor ni memang suka tidur dekat2

 yuki tengok apa tuuu

errr, terkejut kucing2 ku ;p

 pandang ke sana

 chibi ngan miu

 pandang ke sini

 yuki the diva

 yuki ni kepam sket, bulu dia paling comot

 guardian toilet, huish, musuh ketat 2 ekor ni sebenarnya, xleh rapat

chibi suka tido terbongkang

Monday, May 16, 2011

battle of chibi n yuki

tadi baru first time idzuan bukak pintu bilik chibi n yuki, sebelum ni main tengok dari jauh, xberani nak bagi kenal terus, bagi toy chibi kat yuki, kenal2 bau dulu

yuki si kakak garang (5 bulan)
chibi si adik nakal tapi nak main je, xgarang(4 bulan)

chibi usik yuki.yuki kejar. yuki leka, chibi kacau, yuki marah balik. pernah yuki tampar chibi. tapi chibi pun satu, time2 dok berkejar-kejaran tu, sempat g rompak makanan yuki. mestila yuki marah. kejar kejar pusing satu rumah. kita tunggu jela sampai bila dua ekor ni nak ok.

sorry, gambar xde lagi. dah ada, cepat2 aku update. tapi klu, yuki tu japan word, maksud snow =)

Monday, May 9, 2011

the lima

Assalamualaikum....


Kena tag ngan Omma Dudu pasal 5 perkara. Thanx ya Omma, elokla ko bagi idea masa2 ni:)

5 Important dates


- 27/11/1984 : tarikh aku mula2 kenal dunia. 
- 11/6/2010   : tarikh disatukan dengan si kepam
- 10/04/1984 : tarikh si kepam kenal dunia
- 12/03/2011 : tarikh adopt chibi
- 07/02         : tarikh kapel, ingat lagi waktu 6.05 petang 


5 Things I did yesterday


- pagi2 lagi dah pergi carrefour dekat rumah beli barang pastu sakit hati sebab kaunter sampai 17 tapi yang bukak 2, dahla situ xbanyak barang n macam ada yang xfresh, haih
- makan kuetiau sup kat kafe carrefour, sedap! 
- masak mihun goreng(idzuan suka sgt laa mihun goreng) tapi terkering sket
- layan 3 movie : Main Hoon Na, Season of The Witch & The Last Song
- dok perhati chibi : yg ni tetiap hari pun buat, pastu terhibur. dia bangun jap, pastu terlena, pastu gerak tempat lain, lena lagi, xcampur lagi gaya tidur dia tu, memang terhibur tengok


5 Things that make me happy


- bila tengok si kepam seronok makan makanan yang aku masak(ni baru tambah, padahal penting)
- bila rasa macam xleh buat keje, tapi rupanya boleh, seronok sebab rasa achieve something
- kacau en husband, hoho, time iklan je g kacau dia depan laptop
- kacau chibi, time iklan je, g kacau chibi, kalau dia tidur, amik dia bawak tidur depan, kdg dia mls layan, dia tido je, kdg dia lari balik masuk bilik
- dapat duit berkepuk kepuk, wahhh, macam2 da dalam planning ni. tapi papepun aku nak abiskan hutang dulu
- dapat buat keje yang aku betul2 passionate dan seronok bila buat. sekarang ni xjumpa lagi hala tuju :|
- good food and good movie ( heee, yang ni tambah 1 item ye)


5 Reasons why I am doing this?


- sebab kena tag ngan omma dd, kena ikut cakap ibu mengandung tau
- sebab idzuan selalu bising aku xupdate blog
- sebab xde idea gak nak update blog, jadi ibarat orang lapar disorong makan cheese burger
- sebab apa lagiii??? O.O
- sebab nak tag emmm, tag sape eh, cam sume pun da ditag ni, ok nak tag si kepam la, sila update blog ye;)





berat chibi

12.3.11 - 0.5
02.4.11 - 1.04
07.5.11 - 1.77


masih xcapai 2kg macam yang kitorang aim, tapi xpe chibi, take ur time, makan banyak2 tau, tapi sekarang pun da berat rasa bila angkat, perut tu membuncit je bila pas makan makanan favourite, ayam. iams dia kurang sket, makan kejap tinggal pastu sambung makan sket tinggal lagi, tapi lately ni da makin banyak dia makan, good boy

tadi g vet untuk 2nd vaccination, bulan depan ada sekali lagi vaksin, pastu nak hilangkan kejantanan chibi pula, sori chibiii, heee;p

Wednesday, April 27, 2011

wordless wednesday 5

thiz furrrballz are mine...purrrrr

p/s: excuse the mobile camera quality

Tuesday, April 26, 2011

chibi what are you doing?

apala agaknya chibi tengah buat sekarang ye??

biasanya kalau hari kerja, idzuan ada je kat umah, bolehla layan2 dia main jap, tapi minggu ni idzuan kena g ofis lak, semalam aku balik je dari opis nampak sangat dia nak main, asyik nak duduk main je kat master bedroom tu, bilik tu memang kitorang tutup setiap kali keluar, even aku xlayan dia pun dia still nak terkam2, rasanya mesti dia bosan xde orang kat rumah kot

elok da penat gigit orang, cakar orang, nak tidur kat orang lak, chibi ni ikut mood je tau tang tido ni, xleh paksa2 dia tido kat kita, nanti dia lari gak, tido kat belakang laptop la, kat cat tree dia la, so biar je dia datang sendiri, tapi semalam tu elok2 lak nak tido kat orang, sampai lenguh kaki aku duk bersila tahan dia tido, xnak bagi jatuh, haish, xsabar nak balik tengok si budak kecik tu

Saturday, March 19, 2011

chibi 2nd week

super busy. weekend pun kena kerja, betulkan SRS ngan kena berlatih nak buat presentation, haih xsuka laaa kena present ni, sob sob, super nervous!

ok update kejap je, nak update condition chibi 2nd week ngan kitorang, baru 2 minggu eh, rasa cam da lama:)

- berat td 0.75, yeay naik banyak! dan perut adalah super buncit, hii
- tadi g vet amik ubat n syampu untuk ubat kudis2 dia tu, seminggu sekali atau paling bagus 2 kali kena mandikan, haih, dahla si kecik ni xsuka mandi
- minggu depan dan minggu depan seterusnya masih kena g vet, nak deworm n bg vaksin
- da xtakut2 kat dalam rumah, sangat aktif sekarang
- sangat manja ngan idzuan, pilih kasih!haha fineee, idzuan lagi banyak jaga dia, aku di mak tirikan, hee


Sunday, March 13, 2011

chibi

meet our new family member.....chibi chaaaaaan:)


date adopted: 12/03/2011
place adopted: bandar puteri vet
age: 2 month
weight: 0.5, sangat kurus sampai boleh rasa tulang

adalah sangat kecik bila dok sebelah water filter

condition: a bit comot sebab xleh dr xbagi mandi bersih2 lagi, takut selsema, still kena bagi antibiotik, sangat manja dengan orang, tapi suka terkejut, bunyi bising sikit terkejut, mungkin sebab sebelum ni dia direscue kat pasar borong, jadi agak beware kot

sebenarnya, chibi ni male, patutnya panggil chibi kun la kaan, heee, tapi since awal2 aku da niat nak amik female, dan memang dah niat awal2 nak panggil chibi chaaan, dah xnak tukar sekarang;p

Related Posts with Thumbnails