Friday, July 29, 2011

captain america

semalam belanja idzuan makan kat nandos, since dia da lulus exam, exam apa tu biarlah rahsia je ye, something yang berkaitan career la kan, so alang2 nak keluar tu, beli tiket wayang sekali la, nak tengok captain america

orang lain dok sibuk nak tengok bola, kitorang dok layan wayang, heee. semalam first day tayangan, memang penuh, kitorang dapat seat 3 dari depan, tapi nasib baik tepi, xdela sakit kepala sangat pun, wayang patut kul 9.45, biasa la kan, awal2 tu ada iklan, tetiba tengah iklan tu, screen hitam, pastu ada balik, okla, iklan je pun, xkisah

start tayang cerita, xsampai 5 minit, screen hitam lagi, sume2 dalam wayang tu menjerit, hampeh la, aku baru je nak amik feel tau, lama jugak kitorang tunggu, dalam 15 minit lepas tu kot baru tayang balik, dahla tu, xde suara pulak, argh geram je, nasib baik kejap je, tapi aku still rasa rugi, sebab dia main sambung je bukan nak tayang balik dari awal

tapi terubat hati sebab cite dia best, kelakar sangat. pastu ada part yang aku rasa macam, wahh, kagum, 70 tahun dulu da ada eh benda2 ni sume, heee. rasanya watak ayah ke datuk si tony stark (ironman) ada gak dalam tu.

kisah ni pasal mamat keding banyak penyakit ni, tapi dia nak sgt jadi askar, lepas dah try2 banyak kali, akhirnya dapat, tapi dia nak kena jd lab rat pulak. 

lepas experiment terus jadi sasa;)

IMDB Link : http://www.imdb.com/title/tt0458339/


Thursday, July 28, 2011

kawan jepun

aku ada kawan kat sekolah menengah dulu. nama dia amir, masa form 4 dulu, dia adalah geng meniru time exam, kitorang siap tukar2 kertas soalan exam lagi, aku tulis jawapan aku kat situ, dia tulis jawapan dia, pastu tukar, oh sib baik xkantoi, mahap ye cikgu

sekarang kitorang kawan fb, da tukar gelaran. aku panggil dia kawan jepun lak. sebab dia suka sangat rekemen kat aku cite2 drama jepun yang best. heee, tau2 je aku suka kan. setakat ni da 2,3 cite la dia rekomen. a few aku xtengok lagi. kadang aku up status,xde kaitan pun ngan cite jepun, tetiba dia tanya 'dah tengok lum ...', sila isi tempat kosong ngan nama2 cite jepun, heee, bagus jugak, sebab mostly bila aku gugel recommended japan series kan, banyak yg dah tengok 

Thursday, July 21, 2011

sokongan

kadang kita buat sesuatu perkara tu atas sebab nak bagi sokongan kat orang tersayang
like page, kemudian like gambar sebab semata mata nak vote padahal xpernah berminat dengan page tu
tengok cerita yang kita xsuka sebab orang kesayangan nak tengok
dan, macam sekarang..aku buka channel 801 tengok game malaysia lawan chelsea padahal aku xminat bola
sebab apa?...sebab si idzuan pergi tengok bola T__T
padahal xpernah minat pun, tapi entahla, haha, sunyi kot bila dia xde
rasa xsampai 5 minit kot ni tengok;p

kempunan...

molten chocolate cake

cheese cake

chocolate fudge brownies

**aku kalau puasa je memang nak makan manis2**

khamis yang...

aku stress sangat pagi tadi. sebab apa xpayahla nak cerita, cuma ni semua sebab kecuaian sendiri, kesalahan sendiri. kadang sedih sangat, kenapala banyak sangat dugaan pasal menda ni menimpa aku. pastu rasa macam xde tempat nak mengadu. tapi bila fikir2 balik, Allah ada je nak mendengar, dan mungkin jadi benda2 macam ni supaya nak ingatkan aku, jangan lalai sangat, mungkin

pastu tadi, aku di evaluate sebab dah habis probation, alhamdulillah, berjalan lancar, kot...rasa macam segala kerja keras kita tu berbaloi, at the end of the day, people will see what u r contributing, bolehla legakan hati sket.

xboleh fokus kerja sangat ni, rasa macam nak amik half day je. tapi balik rumah pun bukan boleh buat apa gak, paling2 pun tido. 


Monday, July 18, 2011

Harry Potter & the Deathly Hallows Part 2

IMDB Link : http://www.imdb.com/title/tt1201607/


Booking hari isnin, nak tengok hari sabtu,
nasib baik jugak dapat, berbaloi aku rasa tengok, 
bagi aku best la, bagi encik husband kurang impact dari part 1,
tapi overall adalah sangat puas hati, 
ada sesetengah watak aku xcam boleh?
haha, cam neville longbottom tu, sebab diorang sume da membesar, 
bila tang nama 'longbottom' tu baru ingat;p


ehh


amik dari fb tadi. nilah jadi bila si idzuan tukar profile picture. xpasal2 aku married ngan si yuki pulak;p

Thursday, July 7, 2011

Recommended Movie : Arthur and the Invisibles



Review pendek : Suka sebab kelakar. Mungkin jugak sebab xletak high hopes sangat masa tengok. Kalau orang suka tengok kartun, cerita kelakar, sesuai la kot ni. Aku memang suka cite2 camni, hee. Idzuan pun layan je, heee. Tadi baru tau ada sequel., hish kena download ni


Wednesday, July 6, 2011

Wordless wednesday 12

sedapnya...

Tuesday, July 5, 2011

remote astro buat hal

bila remote astro buat hal, tekan info xdapat, tekan subtitle xdapat, yang dapat number dengan channel je kot

geram ok, sebab pe'el aku suka sangat tengok info cite apa ada kat channel lain, dasar tamak kan, haha

jadi kol la customer service semalam, ek eleh sonang je rupanya

step 1: shut down main power untuk astro
step 2: tunggu minimum 15 saat, then boleh on balik power
step 3: pilih mana2 channel, then try la mana2 button yang xleh tadi

simple kan, kalau xleh jugak memang kena mintak technician betulkan la kot, bila tanya semalam, remote astro warranty setahun je, kalau astro beyond tu warranty for life.

sekian *serius fail tang ending*


Monday, July 4, 2011

bihun bihun

aduiii penat menunggu,
sejam lebih lagi kot nak berbuka,
bihun goreng da siap masak,
dari semalam memang niat nak makan time berbuka, 
hihi, xpenyabar kaaan, okla, nak sambung tengok oprah sambil main game, daaa:)


Related Posts with Thumbnails