Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

kawan jepun

aku ada kawan kat sekolah menengah dulu. nama dia amir, masa form 4 dulu, dia adalah geng meniru time exam, kitorang siap tukar2 kertas soalan exam lagi, aku tulis jawapan aku kat situ, dia tulis jawapan dia, pastu tukar, oh sib baik xkantoi, mahap ye cikgu

sekarang kitorang kawan fb, da tukar gelaran. aku panggil dia kawan jepun lak. sebab dia suka sangat rekemen kat aku cite2 drama jepun yang best. heee, tau2 je aku suka kan. setakat ni da 2,3 cite la dia rekomen. a few aku xtengok lagi. kadang aku up status,xde kaitan pun ngan cite jepun, tetiba dia tanya 'dah tengok lum ...', sila isi tempat kosong ngan nama2 cite jepun, heee, bagus jugak, sebab mostly bila aku gugel recommended japan series kan, banyak yg dah tengok 

Thursday, May 19, 2011

jumpa nuna

jumpa nuna hari selasa lepas dalam petang dah kot. rindu sangat, ingat nak jumpa lilo sekali, tapi mama kecik tengah busy layan irfan kot...ajak g minum2 kat noodle station, pastu terserempak zida, eein, seri ngan faliq pula (kawan oas dulu)

nuna yang comel, dan sangat baik, best friend dari zaman upm

 nuna ni banyak berusaha menyatukan aku n idzuan dulu, heee

banyak borak ngan gosip je. aku ngan nuna ni kalau ngan orang lain ok lagi, tapi kalau berdua je, mesti ada pape mende pelik samada kitorang wat, ataupun jadi. tapi seronokla, mende2 tu semua kenangan manis:)

nuna nak skodeng orang perlis ke??ehem

Monday, February 28, 2011

memang kami sengal

dari blog ezzan:)

the sengals


last week was such an intense week for me. stressed gila vavi. so bila stress saya suka berangan over-over dengan rossa. kan rossa? rossa selalu je melayan kerenah gila saya. kitorang bergtalk almost everyday. luahkan perasaan masing-masing. tak puas hati dengan kerja lah, mengimbau masa lalu lah. macam-macamlah. dah tak terkira dah kesengalan kami berdua. haha.

hari tu, gtalk pasal stress kerja. dia stress, saya pun stress. bila stress tu saya cakap..."ros, kadang-kadangkan ezzan berangan nak kahwin dengan mat saleh. pastu husband mat saleh i tu, tiba-tiba kena balik negara dia. i kena lah ikut kata suami kan. so i ikutlah dia balik obersea and i boleh berhenti dr kerja yg stress2 ni. yeayyy!!"

...dan ros pun melayan "ha a kan. jadi housewife. pastu update blog dari sana (motip?) eh tp takleh gi makan sesama lah nanti, tapi make sure u cari husband tmpat negara2 cantik, leh i gi berjalan xyah duduk hotel.."

...saya pun sambung sengal "kalau dapat husband dari itali ke, paris ke, switzerland ke...boleh i bawak uols jalan-jalan main snow...hahahah!" pastu dua-dua gelak haram.

ada sekali tu ros cakap..."ezzan, kita tengah borak dengan dd ni. kalau anak laki nak tengok muka siapa kan, sebab lina suruh dia tengok muka fazura kalau dapat baby girl. kita suruh lah dia tengok muka johnny depp kalau lelaki.and dd balas, boleh boleh.hehe kang nanti ezan rebut anak dengan kitorang plak."

..hahahahha sengalkan kami. tapi best! that's basically our mereng time together. sampai satu tahap masing-masing siap tegur 'kita ni kalau borak mesti benda yang merepek kan'. motif baru sedar? haha.



nota tangan bengkok: kami memang suka sengal2 macam ni, perelease stress terbaik ah!!



Thursday, February 24, 2011

dia sudah hamil:)


awal2 lagi aku dah bayang si dudu ni pakai baju pregnant sambil usap2 perut, hihi, congratz my friend!aku sayang ko sangat, n for sure aku mesti sayang anak ko lebih2 nanti, can't wait:D

Friday, July 23, 2010

coret-coret jumaat

hi, baru balik dari alamanda ni, ezzan the gorgeous girl belanja aku n wawa. sedapnya dapat makan fish n chips kat secret recipe. ezzan belanja aku sebab emm sebab minggu lepas ezzan da belanja orang lain tapi masa tu aku mc sebab kegatalan yang melanda, belanja wawa lak sebab besday dia.

seronok dapat borak2, kalau ngan ezzan, mesti dapat dengar gosip2 terbaru, heee, aku biasala jadi pendengar setia, tadi seronok dengar dia cite pasal macam2, pasal keje, doktor2 hensem, blackberry(uuu, nak blackberry jugak!), haha, macam2 lagi la. it was fun, lama dah xbuat camtu, thanx ezzan sebab belanja kitorang:)

before balik tadi, sempat singgah beli majalah, bukan satu, tapi 3. i don't know what's wrong with me, tapi xleh tahan, mesti nak beli jugak, cam xpuas je kalo setakat belek2, if idzuan baca ni, mesti dia marah, yela, baca sekali je kan, dahla duit tengah xde sangat sekarang, kalau gaji masuk lambat lagi bulan ni, naya la:(

tadi pun teerrrrbeli, heee, xdela, sengaja beli Palmer's Skin Therapy Oil, nak letak dekat parut2 jerawat ni, xtaula napa, pas kawen ni, asyik dok timbul jerawat jek, huhu, banyak lak tu, dulu kalau timbul pun ikut giliran, satu satu la kan, pastu kulit pun cam kering, kurang minum air kot. saja jela beli, sebab antara benefit dia untuk scar ngan dry skin. Benefit2 lain untuk stretch marks, uneven skin tone ngan aging skin. Harap2 berkesan la.


Palmer's Cocoa Butter, from gugel

okla, nak fokus 200 peratus nak buat keje. Tinggal berapa hari je lagi before nak submit ni. Babaiiii, selamat berhujung minggu ye kawan2.

Thursday, July 22, 2010

hepi besday wa!

Semalam bithday Wawa yang ke 26!!Happy birthday my dear, hope you have a wonderful life ahead!!

Kenal wawa dari zaman uni, tapi kenal biasa2 jela, sebagai coursemate. Lepas da abis belajar, kitorang dok 1 umah sewa kat kajang, ngan aya. Masa ni lah kitorang stat rapat, amik m*st*r sesama, tapi masing2 sampai sekarang tengah pening nak abiskan ke x, geng g makan kfc malam2 kalo tetiba lapar, dan mesti pilih tingkat atas tepi tingkap. Bila aku pindah Equine, dia pindah situ jugak, tapi rumah lain. Pastu bila housemate pindah, wawa masuk balik rumah aku, ko memang sayang aku sangat eh waa, heeeee;)

Nak pindah keje lain pun sesama, tu yang sekarang kitorang masih 1 opis, cuma beza floor je, kalau nak turun solat tu, bukak pintu je da nampak wawa, heeee. So semalam, sempena birthday dia, belanja kawan karib sorang ni makan Kenny Rogers:)



muka seronok dapat makan. Macam biasala amik quarter meal black pepper extra gravy ngan muffin coklat. Delicious. Ingat dulu masa bertiga ngan Aya, siap 2,3 kali mintak tambah gravy.

muffin coklat yang sedap, membuatkan aku terliur masa tengah puasa ni.


Monday, July 5, 2010

wedding entry compilation

oleh kerana aku adalah sangat pemalas nak wat entri pasal kahwin, apa kata kita baca je compilation entri2 dari kawan2 yang sangatla baik hati mengupdate pasal kenduriku, hee, mekasehla banyak2 yer:)

dari dudu a.k.a best fren sampai ujung nyawa nih:






dari ezzan a.k.a best fren jugak a.k.a fotografer xrasmi yg sgtla cantik gambar2nya:






dari kawan2 lain yg baik hati:





Friday, May 21, 2010

goodbye ezzan:(

lepas si tengah, si kanan pulak tinggalkan aku, sedih tau kena tinggal, sob sob


nape ezzan kena pergi???kurang la lagi seorang geng lunch, geng nak g jalan2 kat alamanda, geng cari tudung kat putrajaya sentral, geng lepak petang2 kat tapah, geng tido n lepak lama2 kat surau. susah tauu nak lepaskan ezzan, walau xtunjuk depan2(i xreti PDA), tapiiiiii tau semua2 tu untuk future ezzan, so rela dalam terpaksa tau sekarang ni, huuuuuuuuuu...

jangan lupa kitorang tau ezzan, petang2 free datang la OAS, xnak balik awal rumah kan, heeeee;p kalo lunch jumaat tu sempat je nak g makan sesama, nak g cari tudung pun sempat kot, heee:D

babaila ezzan yg super gorgeous!!we'll be missing you like crazy lah T____T. serius ni rindu!


Monday, May 10, 2010

jalan tar & mines

jalan tar was definitely worth it, got my tudung nikah, tudung sanding, veil n few etceteras there;) no need to tempah custom made tudung nikah dah, hee, kalau custom made, almost rm300 tu, huuuu, out of budget la, in jalan tar, walaupun xdapat custom made, at least dapat a decent tudung, veil n i am definitely happy with everything i've bought. n a piece of advice, sila ajak kawan2 bila nak beli barang2 wedding, sebab sangat membantu masa nak buat pilihan, thanks ezan, dd & keri! dan jugak en tunang:)

balik dr j.tar, singgah mines jap, cincin kitorang da siap diresize, so ambil terus, lepas tu jalan2 jap, ingat nak tengok wayang, tapi biasala mines, mana ada variety sangat, 4 movie je ada semalam, ip man 2, iron man 2, ice kacang puppy love & belukar.ip man & iron man da tengok, yang 2 lagi tu xminat. so jalan2 lagi, kaki da lenguh masa ni sebab da banyak menapak kat j.tar td. nak balik, awal lagi masa tu, so rehat jap minum2, nak borak xleh sangat, en tunang xde suara(sakit tekak), cakap pun slow2 je;p

dekat mines jugak, jumpa cadar untuk bilik pengantin. it was nothing fancy, but i love it! no satin for me, memang dari dulu xminat, kain cotton sahaja. simple plain cream(nak match ngan langsir cream), ada la corak timbul2 sket, tu je. nanti ingat nak beli fake petals, nak tabur atas cadar tu.

Wednesday, February 10, 2010

thanx!!:D

sampai2 je opis, tetibe nampak mende ni atas meja, heeee


maceh dd, comel la engkau, heheeee, ralat je xdapat jupe semalam, lain kali datang time aku ade tauuuuu, heeee

Friday, April 3, 2009

ehh, xboleh tuuu

boleh tak semalam tengah seronok2 sangat dok borak2 sambil layan lina ngan dudu yang sudi datang tdo kat umah(tapi rasa cam nyesal sebab xamik gamba ramai2 lak wat kenangan) siap kitorang da tdo terbungkang depan tv, pagi tadi lilo(housemate) cakap kitorang tdo pintu xkunci????astagaaa, alhamdulillah xde pape berlaku, 2laaa, seronok sangat semalam sampai lalai cam2, uhuh, lain kali kena alert2 neh, uhuh


dudu lina n ewoss 1 ketika dahulu:D

Tuesday, November 25, 2008

sumthin small for someone

neroli jasmin edt n shower gel from body shop, i juz love d scent, i hope she likes it too, can't wait:)

Monday, September 22, 2008

slamat hari tua lili!!!

me n lili zaman muda2;p

Happy Birthday Lili!!!
May all ur dreams come true my dear,
murah2 rejeki nanti leh blanje me, nuna, pda n lini *wink*wink*
bile nak datang kl lagi???
rindu nak dengar ke'laser'an mulut kamu 2, haha ampuun ampuuun
i don't think u might read this anyway;p

cake khas untuk lili, sila2...org lain xleh;p
Related Posts with Thumbnails