Monday, July 19, 2010

kuih kegemaran

di hari puasa, salah satu aktiviti best tapi xberapa nak elok, adalah mengidam makanan, so sekarang aku teringin sangat nak makan......

Lepat Pisang!!!

uh rindu sungguh nak makan, sedap ooo lepat pisang, no 1 bertakhta di hatila banding kuih2 lain, dulu zaman2 g pasar malam serdang, zaman2 bujang la tu, selalu gak beli, masa bulan puasa lagila, puasa tahun lepas kalau hari kerja boleh kata tiap2 hari g bazar bangi, sebab balik keje lambatkan, so kena bukak puasa kat ofis, jadi tiap2 ari aku akan cari lepat pisang dulu, kalau da abis tu, memang kecewa la

wuuuu, sedapnye.....

p/s: gambar adalah ehsan gugel

Sunday, July 18, 2010

bloody valentine

aku tengah surfing2 sambil tengok My Bloody Valentine kat HBO channel. Awal2 ingat nak surf kat atas(bilik tidur), tapi en asben suruh turun surf bawah(ruang tamu), tapi elok2 pulak tv tengah pasang cerita ni, huhu hium, sangat menakutkan ok cite ni, banyak sungguh part2 kejam, dan menakutkan, banyak jugak scene yang kena potong sebab terlampau ganas kot

owh tadi tengok cite Inception, review later la, kalau rajin;p tapi untuk sesapa yang xg tengok lagi cite tu, sila tengok cepat2, sangat best ok!xcaya tanya ezzan, heee

tadi jugak en asben beli laptop baru, jenama Asus, macam best sebab dapat processor laju, upgrade ram jd 4gb, 500 gb hard disk, n lagi best sebab baru, aku suka je barang2 baru ni, heeee, tahun depan giliran saya ye en asben:D

owh, malasnya nak keje esok:(


Tuesday, July 13, 2010

movie addict

minggu lepas, dari hari jumaat ke ahad 3 hari berturut2 aku ngan idzuan tengok wayang kat IOI, banyak sangat movie nak kejar musim summer ni, heee

Jumaat aku tengok Twilight Eclipse, yang ni memang cadangan idzuan, so awal2 lagi aku da beli tiket, dalam 2,3 hari before wayang kot, tu pun da ramai yang reserve masa tu, seb baik sempat beli, beli kat website GSC guna E-Payment Ticketing je senang, bayar samada guna kad kredit atau Maybank2u, tapi ade cas singgit la

Hari sabtu lak secara kebetulan je, mula2 ingat nak g beli barang je kat Jusco, sekali idzuan ajak tengok wayang dulu before beli2, aku nak tengok Back-up Plan, dia lak nak tengok Predators, last2 kitorang osom je...okie, dapatla tengok Predators T__T

Ahad lak memang da janji nak jupe kawan2 tersayang, sesambil sambut besday diorang, yang celebration tu nanti aku cite next entry, cuma nak gtau ahad tu kitorang tengok Toy Story 3 lak, awal pagi lagi da pegi, dalam kul 10, sebab wayang kul 11.30, tapi since kitorang reserve, so kena amik 45 min before wayang la kan, tapi hampeh, kaunter GSC tu kul 11 gak baru bukak, masa aku nak amik tu, da expired pun tiket yang aku reserve, tapi seb baik ada lagi tempat kosong

owh, back-up plan aku tengok dvd je kot, cam xsempat je nak tengok wayang, da pinjam dvd ngan ezzan da, heee, xsaba jugak nak tengok Despicable Me, cam best jek bila baca review, huhu

Saturday, July 10, 2010

one month:)

A quote i found on the net

I love being married. It's so great to find one person you want to annoy for the rest of your life.

Happy one month anniversary my dear hubby!!Hopefully, you'll always be the person that i want to annoy, i love you lah!

p/s: this entry was supposed to be published on 11/7, since that is our hari nikah, tapi terawal lak atas kelam kabut xnak bg hubby perasan

Monday, July 5, 2010

wedding entry compilation

oleh kerana aku adalah sangat pemalas nak wat entri pasal kahwin, apa kata kita baca je compilation entri2 dari kawan2 yang sangatla baik hati mengupdate pasal kenduriku, hee, mekasehla banyak2 yer:)

dari dudu a.k.a best fren sampai ujung nyawa nih:






dari ezzan a.k.a best fren jugak a.k.a fotografer xrasmi yg sgtla cantik gambar2nya:






dari kawan2 lain yg baik hati:





Sunday, July 4, 2010

The Wedding

The paragraph that i read over and over again...

'But love, I've come to understand, is more than three words mumbled before bedtime.
Love is sustained by action, a pattern of devotion in the things we do for each other every day'

- quoted from The Wedding(Nicholas Sparks)

Saturday, July 3, 2010

she's out of my league


trailer

da tengok trailer??hemm, dari trailer rasa korang da leh agak kot cite ni cane, basically about laki yang agak biasa2 (kerja biasa, rupa biasa, suara pelik, haha) nak kapel ngan seorang perempuan yang boleh diconsider hot, kerja hebat, rupa ada, body mantap;)

emm, emmm, da tengok da cite ni petang tadi, mula2 ingatkan nak tengok toy story 3, tapi asyik penuh jek, huhu, tetiba teringat si kuku pakwe dudu yang asyik dok sebut pasal cite ni, so terpengaruh la gak, cakap kat idzuan, jom tengok She's out of my league, keri(a.k.a kuku) cakap best, heee

awal2 x expect tinggi2 sangat la untuk cite ni, tapi bila da tengok, boleh tahan gakla, even ada part2 censored(budak2 bawah 18 xleh tengok, aip), tapi banyak gak bahagian2 kelakar, especially part 'shave', haha, hanya orang yang da tengok leh paham, aku gelak tahap keluar air mata masa ni

emmm, xretila nak bagi bape bintang per bape bintang, aku hanya pandai rate cakap samada ok, xok, boleh tahan, dengan nada berbeza2, heee, so untuk cite ni, rate aku ialah boleh tahan dengan nada sedikit excited;)

nota kaki comel saiz 4: oh, lupa nak cakap, yang jadi watak utama cerita ni ialah Jay Baruchel, suara untuk watak Hiccup(watak utama) dalam cerita 'How to train your dragon'.

Related Posts with Thumbnails