Friday, April 16, 2010

Episod 2- sesi perkenalan

dari episod 1: aku kenal izwan sebagai sifu c++, dia xkenal aku

1 hari tu, aku on the way nak balik ke hostel, dari kelas, masa tu aku sorang2, lupe da apsal aku sorang2 masa tu.terserempak pulak ngan abg demo n izwan.

tetiba abg demo tanya 'makan ayam x?' . aku ni macam, errr, mestila makan, nape lak, rupa-rupanya dia nak ajak g kfc, heee, join jela

sampai2 kfc, abg demo copkan tempat, so aku n izwan la kena g beli, tapi abg demo da siap bagi duit awal2, murah rezeki abg selalu belanja kitorang, heeee

masa nak order, masing2 macam cakap bila perlu je. tanya apa nak order, pastu senyap, haha

masa tengah makan, borak2, tapi aku borak ngadap abg demo, izwan pun borak ngadap abg demo, masing2 xborak sesama sendiri, masing2 xngadap muka masing2, aku pemalu koot, ngan org xkenal lambat sikit nak mesra mesra alam ni

masa balik makan, abg demo singgah dobi jap, kalo xsilap, nak anta bear hyppo besar comel dalam kereta dia tu kot, so aku n izwan tunggu jela dalam kereta jap, so masa dalam kereta, senyap sesenyap senyapnya, haha, tetiba ada suara

izwan: faham x dalam kelas?(kelas c++ yg dia ajar)
aku: ...ok jer..paham sgt2..sbb sifu dia sgt lar pandai dan hensem
................................

miahaha, tipu ok dialog aku atas tu, tu dialog rekaan izwan, sebab aku kan banyak lupa, so aku tanya dia balik apa yang kitorang bualkan;p, dialog sebenar adalah cam gini

izwan: faham x dalam kelas?
aku: ...ok jer..paham....
...................................

pastu sambung senyap balik sampai abg demo ada, heeeee

Thursday, April 15, 2010

italiannies

since 10 april is izwan's birthday, so aku suruh dia decide mana nak makan, aku belanja, so sepanjang perjalanan tu dia dok fikir nak makan apa, haha, klaka, dari times square tetibe g midvalley, yelah, jarang2 kot aku nak belanja, mestila kena cari yang lain dan mahal dari biasa, xpe2, untuk tunang tersayang, setahun sekali je pun;p

so decide ke italiannies(not sure ejaan ni betul x), located in gardens


free, 2 roti biasa, 2 roti fiber ngan olive oil, sedap:)

his drink: lupe da apa, ala2, tropical fruits kot, ada rasa pineapple n masaaaam:(
my drink: macchiato, first time try, sangat pahit, tapi masih boleh diterima, paksa2 izwan minum tapi seperti biasa gagal

spagheti meatball bolognaise. kat sini cukupla kalau amik 1 menu je, n cakap for sharing, ni pun da banyak tahap gaban. xabis untuk 2 orang, 3 orang kongsi pun cukup rasanya

meatball itu sangat lah besar, meatball terbesar pernah aku n izwan tengok, memang sangat besar, tengok banyak kali da cakap besar nak stress kan betapa huuuuuugeeeee meatball itu, tu pun xleh nak abis.

owh spageti tu kuat rasa tomato, so not my taste la, mungkin rasa spageti bolognaise yang asal memang rasa camtu kot, enggak tau dong


dessert: vanilla pie, emm ice cream vanilla kat atas, ice cream chocolate kat bawah n ada crumb oreo yang keras kat bawah tu, n with chocolate sauce, okla jugak


Saturday, April 3, 2010

seriously depressed

seriously aku depressed sekarang,
dah berhari2 ngadap kerja yang sama, tapi still aku xleh nak solve,
aku rasa cam da jumpa dead end sekarang,
apsal xde idea ni??????
sebenarnya, ex officemate da ada wat keje yang lebih kurang aku wat,
so aku sebenarnya boleh je refer kerja, and in fact yang tula aku tengah buat sekarang...
tapi.....susahnye nak faham coding orang lain, huhuuuuuu, susah sangat,
lagi susah kalo nak apply coding tu dalam kerja kita,
kalo nak guna semua part xpela, bolehla aku guna terus kaan, xyah paham2,
ni main nak amik satu part je kot, nak guna pun kenela faham kot, yg mana aku kena amik yg mana xyah
dahla keje ni lama da delay, sebenarnya xniat pun nak delay,
tapi bila aku da buntu, aku terus malas nak wat, sekarang keje ni nak anta minggu depan,
nak xnak kena la siapkan jugak, tapi xdapat2 ag weh, aku dok ulang2 wat benda sama jek ni,
uwaaaa nak nangis!!!

Tuesday, March 30, 2010

Episod 1- pre perkenalan

aku rasa aku mula2 kenal izwan masa sem 2,
masa tu kitorang semua kena amik course c++ 2,
susah gila ooo, first test sume dapat markah rendah T_____T
kebetulan budak2 se(software engineer) ni ada komuniti sendiri, abg demo yg jaga,
abg demo ni kira cam penyelaras komuniti tu la, senior kitorang
so....dia create 1 kelas cam kelas tambahan c++, untuk kitorang,
n sifunya ialaaaaaaaaaaaaah jeng jeng jeng, izwan, hee
izwan ni kire hebat la masa tu,
asal die ajar, senang gila kitorang nak paham,
aku dulu ingatkan dia ni rendam kot buku c++ tu, pastu minum, sebab tu la hebat sangat;p
die buatkan c++ ni cam senang jek, mmg 2nd test, aku rasa aku da leh perform,
okie, cukupla puji, kang kembang lak;p
so masa tu kitorang panggil dia sifu xde perasaan, hahah,
memang kalo die ngaja, muka dia mmg muka xde perasaan,
nak terangkan lebih2 pun xreti, heee
tapi masa tu xkenal sangat pun dia, kenal dia sebagai sifu c++ jela,
dia pun xkenal aku

ok sambung
(fuh, penat taip;p)

Friday, March 19, 2010

hah sudaaah

tadi dok ym2 ngan idzuan,
die cakapla die dok baca series U Pink My Heart dr blog kak VP,
yang kisah percintaan kak vp ngan hubby dia tu kan,
pastu tetiba dia bagi 'idea bernas' lak,
mintak aku wat series camtu gak pasal kisah kitorang,
gedebuk terkejut, uhuk T____T
aku bukan xnak wat, tapiiiiiiiii aku ni kan pelupaaaaa,
takut lak die kecewa kalo series kitorang setakat 1-2 episode jek(ada ke series pendek tuh, huhuh)
kalo setakat cane kenal ape sume tu lehla, tapi in detail, huhuuuuuuu,
aku lupe bukan maksud aku x appreciate memory kitorang,
tapii mmg jenis aku camni, sangat senang lupa, uhuk,
sedih pulak, rugi xtulis diari dari awal2, senang sket kan aku nak refresh memori, uhuh
so untuk en tunang kepam(sempat ag nih), kalo la xtercapai hajat tu,
jangan sedih or kecewa tau, yg sy tau sy syg awak(walaupun awak kepam;p)

Thursday, March 18, 2010

hiking oh hiking

aku ni seorang yang memang xadventurous,xsuka g camping sebab kena wat latihan2 lasak, kena jungle trekking, xsuka g kem motivasi sebab mesti ada jugak task2 scary(mostly physical, challenging) yang aku kena wat, banyak kali la aku tolak kalo ada kawan2 ajak g naik bukit la naik gunung la, pergi camping la sebab takut n leceh la nak wat aktiviti2 lasak cenggitu, baik aku dok umah, lagi best, leh tengok tv, surf2, main game, tido, heeee

tapi....xtau napa dalam 2, 3 hari ni aku dok rasa cam nak hiking, in fact ari ni aku asyik dok gugel pasal hiking, kat mane leh hiking kat selangor, etc2 la kan...dalam hati tu macam dok bisik2, bestnya kalo dapat g hiking, bestnyeee, bestnyee...tapi bila pk2 balik, macam takut pun ada, yelah, nak mati ke apa aku ni, nauzubillah la kan, cuma cam terpk la jugak kenapa beria sangat lak aku ni..even en tunang pun pelik bila tau aku tetibe nak hiking, haha, sebab banyak kali aku cakap kat dia, kalo pas kawen nanti, nak g bercuti, aku xnak g bercuti tempat yang ada wat aktiviti2 lasak, nak rileeeeek jek;p

aku xdela cakap aku betul2 nak hiking, in fact aku rasa aku xwat kot, cuma pelik jela, napala tetibe je kan nak buat mende yang aku xsuka kan, hiummm...


Wednesday, February 24, 2010

my weekend was filled with love and food

mood nak menaip xde(a.k.a malas), so tengok gambar jelaa








Related Posts with Thumbnails