Thursday, October 28, 2010

tenang

malam ni makan piza dominos lagi, yeay!!

tiap2 bulan pun order dominos bila malas nak keluar, lagi satu sebab selalu dapat free regular piza voucher, dominos ni kalau lebih 30 minit delivery, memang akan dapat voucher tu, dahla selalu bagi kupon2 tu kan, n kupon tu boleh guna sekali ngan voucher tu, so kadang bila beli 2 piza, tapi harga 1 piza:)

hari ni aku rasa sangat tenang kat ofis, tenang setenang2nya, suka!

sebab 1 - projek aku da abis demo phase 1, sekarang tinggal fix bug je, since xbanyak keje da, aku n sorang lagi programmer baru gak, kena tolong team wawa, sukaaaa, sebab boleh sesama ngan wawa, dan yang paling penting sebab bos aku da xleh pressure2 aku da, haha, sesapa yang penah dok bawah projek aku, even yang xpenah pun memang tau perangai dia camne, amatlah menyakitkan hati, so aku adalah amat teruja bila dapat masuk team lain, mungkin la sekejap je, sampai deadline bulan 12 je tapi xpe, tetap seronok, haha

sebab 2 - bos aku cuti hari niiiiiii, yeay!!seronok bila dia xde, memang rasa rileeeek je, haha, keji kan aku;p

tapi team wawa wat report, jadi sekarang ni kerja aku adalah stadi stadi dan stadi pasal cane nak wat report tu, banyak lak lagi yang xsiap, berusahala kami pasni, uhuh

esok adalah jumaat, seronok!!xsabar nak berhujung minggu:D

tetiba teringat majlis dudu yang xsampai sebulan ag, heee

Sunday, October 24, 2010

R.E.D

stands for Retired Extremely Dangerous:)


ni muvi yang kitorang tengok kat Times Square tadi. memang best, cite pasal CIA pensioners yang tetiba jadi kill target, tapi jangan main2, walaupun diorang tua, diorang adalah sangat hebat, bukan senang ko nak lawan



pakai gaun tapi penembak terhandal, selamba je muka, haha yang sorang tu pulak ala2 trauma ngan teknologi, hehe, walaupun banyak aksi, cite ni tetap kelakar, memang sangat2 direkomen, puas hati la tengok:)

Saturday, October 23, 2010

cutiiiiii:)

aku baru balik opis nih, huhu penat!

nak kena siapkan jugak modul aku before demo minggu depan. tadi kat opis, nak nangis pun ada, risau xdapat nak siapkan, lepas satu satu masalah, sebab aku memang dah xnak datang esok, memang nekad betul xnak datang, tu yang fokus gila siapkan

last2 dalam dekat kul 10 baru dapat, da siap ape lagi, cabut terus la, haha, ada bug ke xde bug ke tu lain kira, memang laju je aku balik tadi, haha, orang lain semua stay lagi, bos2 pun ada, pedulik;p

sekarang da boleh bercuti dengan tenang, yeay!!xnak dah fikir pasal kerja, gila ko, kadang nak tidur pun aku leh terbayang2 muka bos tau, haha, mana x nightmare, idzuan lak before tido suka dok ulang 'tido, tido, esok nak keje', uwaaaaa, perlu ke remind pasal keje tuuuuu, huhu

ok, stop pasal keje, muak dah aku pun. cite ape best kat muvi eh skang???muni kata enthiran best, cam teringin lak nak tengok, heee. Eat Pray Love bila baca buku teringin lak nak tengok muvi dia. haha, xsabar nak berjimba bersuka ria sok. Adios amigos, have a nice Sunday!!!i know i will:D


Tuesday, October 19, 2010

depresi

**entri yg sgt depress**

otak penat

badan penat

kaki sakit

haih, setiap kali masuk kerja aku rasa stress, kadang bila fikir nak kena kerja pun da down, stress kadang sampai rasa nak nangis, dan setiap masa aku fikir nak berhenti....masa lunch tadi diorang borak, aku larat senyum je, pastu melayang2 fikiran ke mana, kadang kesian wawa, selalu kena dengar aku ngadu macam2, nasib baik ada dia kat ofis.

mungkin jugak culture shock kot, dulu kat opis lama, aku rilek je buat kerja, kadang2 poya2 je lebih. tapi kat sini memang aku kena hadap kerja jeeeeee. waktu rehat hanyalah waktu lunch ngan solat, nak g borak2 jap ke ngan wawa jangan harapla. kadang adela time g pantri tu aku ajak dia g sekali;p lagi satu kat sini, environment xbape masuk, isu2 xsedap didengar pun ada, nak cite lebih2 pun menda ni sensitif, tapi tula kaan, xsemua yang kita nak kita dapat, so aku redha jelah sekarang.

aku harap pressure kerja semua nak cepat cepat cepat ni temporary je, sebab 25 hb ni ada demo sistem. nasib baik kan aku, masuk2 da kena kejar deadline:( so memang semua pun kena rush sekarang, aku dahla merangkak rangkak lagi ngan programming language baru kat ofis ni, hujung minggu ni pun rasanya kena datang kerja gak, project manager aku dari minggu lepas da bagi hint suruh datang, ganti cuti aku semalam.

tadi g opis ngan sebelah kaki pakai ankle guard, sebab semalam tak jatuh tak melompat tetiba terseliuh, sakit lak tu, nak jalan pun susah, hari ni makin kurang dah, tapi macam kura2 gakla jalan, turun tangga lagi la haru, g ofis minggu ni pinjam kereta idzuan jap, sebab memang xleh bawak manual lagi, kaki yang terseliuh tu kaki kiri.

entri aku lately ni asyik depress je kan, sori, aku pun xpasti kadang ada orang baca x, aku just nak kena luahkan jugak kat sini, sebab at this point, aku kena jugak kurangkan beban jiwa kaco aku ni even sket before stat sambung keje balik, takut kang xpasal2 ada orang mengamuk kat ofis sok, heee


Monday, October 18, 2010

tipsi tipsi ptm f41

pagi tadi aku pergi interview pegawai teknologi maklumat f41, ada 2 panel, sorang tu peringkat pakcik, haha, suka2 hati aku je pakcik, sekali dato' ke apa ke kaan, tapi panggil pakcik jela ye, mesra sket;p

sorang lagi muda sket, tu sepatutnya panel yang tanya soalan it

soalan yang aku kena dari pakcik mesra
- anggap la saya ni pakcik2 yang tak tau pape pasal it, boleh terangkan tak pada pakcik tentang it??
- pakai programming language apa??? - aku jawabla java, pastu dia tanya java tu apa, bla bla bla potpet potpet la jawab
- kenapa nak kerja dengan kerajaaan (cam biasela mesti ada soalan ni)

panel it
- terangkan secara ringkas tugas ptm?
- macammana kita nak securekan data centre??

tu jela soalan yang ditanya, penat aku gelabah sebab xsempat nak stadi, huhu, beria dah baca pasal db normalizationla, ape bagai la, sebab dulu masa interview first yang xlepas tu aku kena soalan database, huhu

tadi sebenarnya lebih banyak borak dan gelak2, pakcik mesra tu la yang dok cite macam2, pastu siap encourage aku teruskan keje swasta, sebab dia kata swasta lagi banyak job scope, cam lagi mencabar la ape la, sebab aku da ada pengalaman, huhu, aku sengih2 dan xberkata apa2 la, terima je, jangan argue, heee, sekarang da usaha, tinggal tawakkal jela, harap2 dapat


Wednesday, October 6, 2010

hi all my preng:)

aku rasa aku da boleh adapt sikitla kerja kat Tx, sebab dah xrasa sedih macam first day..nak kata dah reti buat kerja xjugak sebenarnya;p

ikutkan semalam aku dah dapat task, kena fix bug, merangkak jugakla buat, yela, fahamkan sistem pun xkhatam lagi..tapi semalam yang changes2 keluar output biasa2 tu aku cubala betulkan sket, buat buat xdapat, buat buat xdapat, rasa macam dah sama ngan coding projek2 lain(yang da betul) so aku tanyala si n(team mate), tapi bila kat laptop dia dapat pulak

2 hari kot dok fikir kenapa xboleh, siap reinstall semua menda2 alah yang berkaitan, memang kerja aku ari ni menginstall jela, dah install tu dah install ni dah update xdapat gak:( sekali bila si kawan n tu tengok, terus da boleh, xsampai setengah jam da setel, rupa2nya ada setting xbetul, walaweh, penat jeeeeeee, tu yang kadang xsuka coding ni, sebab kadang xtau apa punca, huhu

aku suka la n si team mate aku tu, sebab dia baik gila, tadi ikutkan dia tengah discussion kat floor atas, tapi die tetaaap layan ym aku tanya macam2, segan memang segan sangatla lepas satu satu tanya, tapiiii terpaksa weh, xtau nak tuju mana dah

so bila n mintak tolong aku supaya tlg ajar trainee sorang tu nak install sumthing, since dia tengah discussion, aku terus jela setuju, sebab nak return the favor la konon, heee, tapi sampai skang budak tu xleh nak install, asyik ada error, aku pun xtau nape, haha, masa aku install ok je, memang xleh nak membantu betul;p

kan first day hari tu jem teruk kan masa balik, sekarang dah kurang sikitla, rahsianya....balikla dalam kul 7 ke atas, memang 2 hari ni aku balik xsampai 30 min, paling cepat 20 min la, pagi semalam lak aku kuar 8.30, jem sangat teruk ok, kul 9 lebih baru sampai, so pg td gerakla awal sket 8.20, sekali tu 8.40 da sampai, awal betul, huhuuu, xreti la aku nak bajet kuar kul bape nih

owh, laptop opis bagi, aku main tinggal je kat opis, nampak sangat memang xnak hadap kerja dah masa kat rumah, haha, ikutkan aku kenala stadi gak kan, sebab due date dah nak dekat, pastu, aku xfamiliar ngan programming language ni, pastu cara diorang beza sket ngan kompeni lama aku dulu, tapi biasalaaaa, dasar mim lam alif sim ;p

lama xtepek gambar sendiri kan..
fahamla kan nape aku makin gemuk T__T

Monday, October 4, 2010

first day at tx

i so want to story my first day in tx...ok, berbelit lidah, kat tx ni memang aku kena berbahasa omputih, sebab dlm team aku sorang malay, jadinya diorang banyak speaking, terpaksa la jugak bercakap sebegitu even berbelit belit lidah nak menyebut, kengkadang tu xjumpa lak perkataan apa yang sesuai dlm omputih ni, pastu bila da abis cakap tu, baru ingat/fikir translation yang betul, haih T__T

ok, nak start mana ni???dari pepagi la, kat sini ikutkan masuk kul 9 -6, so since aku risau jem teruk, aku gerak la dalam 8.10 gitu, sekali 8.35 tu da sampai, 25 min jeeee, seganla nak masuk awal sorang2, wawa xsampai ag, kang dok kat lobi tu ngadap orang masuk kerja lak, so menunggu la guwe dalam kereta, sesambil sms idzuan ngan wawa

kat sini flexible sikit kot waktu kerja, ada yang masuk 9 lebih, tapi xlewat dr 9.30 la, tapi dtg lewat balik lewat la gak kan, tapi memang ramai yang balik lewat, group aku tadi, akulah juara balik awal, selamba je say bye bye kat project manager, dah 6.30 kot masa tu, xkuasa la aku nak tunggu lewat2;p tapi jem teruk la masa balik, kalo pegi 25 min je kan, balik td da jadi 40 min:(

group aku ni ada 6 orang la termasuk aku. 3 orang developer 1 malaysia, sebab ada malay(aku), cina & india. tapi yang india tu dari betul2 negara india, so xtaula still leh consider 1 malaysia ke x, heeee. pastu ada 2 orang BA(business analyst) ngan project manager. setakat ni diorang seems nice and fine jela, xtaula kalau da start kerja nanti cane, huhu

phase 1 projek aku ni due date ujung bulan 10 a.k.a bulan ni >.<, so entahlah...musti akan busy nanti nak siapkan, tadi masa borak2 ngan kawan baru masa makan(which is scary sebab banyak cerita buruk aku dengar T__T), cam rushing jugak kerja sini, hujung minggu tu selalu ramai gakla datang kerja, tu yang aku paling xsuka, aku memang xsuka orang kacau weekend, i mean nak berjimba bolehla, nak kerja, no cannot beb, i don't like

rindula kawan2 oas, rindu ketenangan aku masa kerja sana, rindu nak dengar suara diorang bising2 gelak2 dalam opis, menyakat sesama sendiri, bila ngantuk leh g kacau haida ke aida ke uswah ke, sekarang ni bila ngantuk aku still kena ngadap pc, nak jalan2 sangat xleh lak, aku nak g lawat wawa kat meja dia pun cam gerun huhu

kat opis memang xleh bukak pape for fun, so memang aku xleh bukak fb ke blog ke twitter dan apa2 jela, bukak tutorial, ym tu bolehla, so malam2 jela aku leh reply status ke komen korang ke eh, seb baik gak ada internet kat rumah

korang, doakan aku kuat eh, xtaula berapa lama aku leh bertahan kat sini,tapi xpela, kita tengok jela dulu bulan ni camne, aku cuba la buat the best yang aku boleh, tapi kalau xtahan jugak, probation ni notis seminggu je beb, haha...kalau tetiba aku mencari kerja lain, buat buat xtau jela ye, eh buat2 la tau, tolong carikan sekali, heee

Sunday, October 3, 2010

a whole new experience

esok pagi aku akan start kerja kat tempat baru, kita panggil company tu Tx jela ye...

sangat nervous sebab Tx will be totally different daripada company2 yang aku pernah jejak sebelum ni, tapi memang xbanyak sangat pun company aku pernah kerja, dalam 2,3 je kot, tapi semua ala ala sama, culture rilex2, ramai geng2 yang sekepala, kerja pun xstress sangat, but this new company, aku dapat rasa it will be a little bit challenging...

satu lagi, area baru ni ialah kawasan yang agak jem, bukan agakla, memang biasa jem pun, kalau ikutkan lagi dekat dengan rumah, tapi jem teruk tu yang xtahan, dahla aku ni bawa kereta manual je, harap2 berjaya mengharung tanpa rasa nak cramp kaki

ikutkan hati xnak berhenti, sebab aku da selesa ngan prev company, tapiiii, entahla, mungkin Tuhan ada jalan lain untuk aku, kita mana tau kaan:)

wish me luck guys, nervous tahap cipan nih, baju da iron, beg semua dah setel, esok pagi tinggal nak bersiap dan merempuh jem, adios amigos, nite nite:)

Related Posts with Thumbnails