hari ni aku plan nak jupe best fren masa kat matrik, shamsiah, tapi aku panggil dia angah, dia panggil aku ucu, sebab aku paling bongsu dalam bilik masa matrik, pas2 g la amik die kat equine n then bawak g alamanda, angah jugakla orang bertuah yang dapat hadiah spesel body shop 2
Sunday, November 30, 2008
malang nasibku
Thursday, November 27, 2008
hontouni muchas gracias maceh maceh!!!
sowila xsempat nak reply komen korang2 sume, ari ni sehari suntuk dari 10 pagi sampai 10 malam aku kuar ngerdate ngan mr tunang, kalo mak aku tau, mesti kene marah ar nih, xpe mak xbaca blog ek mak
papepun, aku nak ucap maceh2 banyak2, arigatoooo, gracias, shukriyaaaa, tenkiusss kat sesape saje yang sudi nak mengewish besday kat aku, maceh yeeer, jasa baik kamu akan dikenang, xkesahla, ikut fon ke, ikut blog ke, ikut frenster ke, ikut facebook ke, owh juliza adlizan wish aku hepi besday dlm facebook oo, haha(taip2 sambil kembang hidung;p), nanti aku reply comment korang ek, penat bangat dah niiii, nak tito duluuuu, nite nite
kami ngerdate di cni ari ni:D
Happy Birrthday To Meee Maggiii!!!
1) pass viva dengan cemerlang gemilang terbilang
2) 'biskut' aku berjaya...yg ni hanya certain2 orang aje paham kot
3)turun 10 kilo, yang ni memang da jadi impian seumur hidup dah ni, xpenah lekang dari azam tiap2 taun, even dalam subjek spi dulu, masa dr gee bg kertas suh tulis ape gol aku nak capai, aku tulis nak turun 10 kilo
4)mampu nak bagi duit belanja kat mak ayah, sedih, sob sob
5) jadi tunang yang lebih memahami dan kurang sentap, opsss
6) simpan duitttt banyak2 nak kaweeennn, ape ko ingat laki je kene simpan duitttt??huhuh
7) kurang buat dosa dah, insap, sob sob
tu jela dulu kot, banyak lagih impian2 menggunung nih, tapi sket2 jela dulu aku stori mori, yang nih pun xtau la tercapai ke idok, harap2 berjaya, amiiiiiin,owh by the way, xsabaaaanyerrr nak tunggu sok, nak ngerdate ngan encik tunang, ngeh ngeh, mood gatai da datang
Tuesday, November 25, 2008
beli lagii
aku beli series jepun lagiii, tapi kali ni kat music valley mines, ala cite lama, tajuk 'Over time', 10 hinggit je pun, amik je la kan, lagipun wawa cakap cite ni best, kalo xbest nanti nak marah wawa;p
sumthin small for someone
neroli jasmin edt n shower gel from body shop, i juz love d scent, i hope she likes it too, can't wait:)
Monday, November 24, 2008
i lap manhattan fish market
pose diatas ialah pose tamak nak minum sowang2, xnak bagi kat encik tunang da, siyes sedaappp ooo,nama air ni 'sweet alabama smoothie', : chocolate with vanilla ice cream with peanut butter, sedap gileeer, siyes, dok tingat2 lagi ni, tapi kene minum cepat2, time sejuk je, kalo xsejuk nanti muak lak
'tropical breeze', xpandang oo air ni awai2, dok berebut alabama smoothie 2 jek
my dish-'flaming platter for one': grilled dory+ award winning flaming prawn+garlic rice+chip, ikan 2 agak muak, tapi flaming prawn die sedap gileee, siyess, patutla award winning pun, lelain kali kalo nak g cna agi, nak order flaming prawn tu je, yummy yummy
i'm a harajuku'er
harajuku harajuku...owh, baju ni dari koleksi harajuku kat jusco mid, aku beli sebab jatuh cinta pandang pertama terus nak beli sambil pk kopak la aku bulan ni, xdela mahal sgt pun, tapi sebab aku ni jarang sopin, yer, aku kan kedekut;p time mula2 blaja dulu, ye ah, kejutan budaya sket, pegang duit sendiri banyak2, skali kuar, ratus2 abis, skang ni macam2 kena pk, kete la, sewe umah la...macam2 la, susahnye, nak jd budak2 balik:(
Saturday, November 22, 2008
the winner takes it all
bile nak kuar dvd mamma mia niii, xsaboo,huhuh
Thursday, November 20, 2008
hampeh dot com sungguh rapidshare itu
dudu, ko da donlod kan??bile2 datang fac bawak ekkk
kedai comel2 murah2
kedai jual barang comel2 murah2 ni kat tingkat 2 metro point kajang,banyak sangat barang2 dalam ni, barang2 comel, unik, pelik, bunga2 plastik, macam2 laa
bowling session
dpt mesej kul 8.59 pagi dari aya 'jum men boling malam ni', jadi bergerakla kami berdua ke metro point kajang afte maghrib, yosh!!1 game 6 hinggit, kasut lak 1.50, tapi kasut dia chomeeeyl, so kalerful, rase cam nak bawak balik je,huhuuu
* kawaiii kasut bowling saiz 4*
* aya tengah susun strategi*
* dan pemenangnya ialaaaaah...*
obviousla kan, aku pemenang paling banyak masuk longkang bleh arr,huhuu, ow ow, tapi ade sekali tu dapat spare tau, kebetulan lak aya sempat rakam, xcaye??ade buktiiii;p
balik bowling 2 g makan sushi, yummy!!i lap sushiiii, i lap croquette, cedaaapnyer
pastu ingat x aku cakap ade kedai cd murah kat metropoint kajang??well, ari ni aku beli jugak 2 full japan series 30 hengget je, 30 hengget untuk 2 siri ye, muraaahnyeee,huhu, harus pegi lagi di kemudian hari
p/s: owh, before g makan, kitorang g kedai yg jual barang chomel2 n murah2,yang tu next entri la ekk
Tuesday, November 18, 2008
nyanyian semangat nak amik mood
nak buat jurnal, yeay!!
nak buat jurnal~~
da kene stat~~
nanti xsempat~~
nak kene cepat~~
jangan malas2~~
nak buat jurnal, yeay!!
(sile nyanyi ngan lenggok lagu n tarian mengikut kreativiti masing2)
Monday, November 17, 2008
entri rawak(random post)
1)selkom postpaid aku da active,i am now a selkom user, redha jela dengan apa yg mendatang, keputusan sudahpun dibuat*sile refer link ini n ini*
2) aku memang sangat mudah tergoda.... tergoda dengan makanan, bila waktu lapar je, memang sudah lupa segala janji janji manis untuk berdiet pada 1 ketika dahulu
3) sekarang ni heboh dengan blog yang suka kutuk blog orang lain tu, dari blog peej, ke blog lisa n macam2 blog lagi la dok cite pasal blog die n, aku rasa kalo dia ade akaun nuffnang, mesti da melimpah ruah duit masuk. waktu aku tau kewujudan blog dia ni, aku bersungguh2 gugel nak cari alamat blog dia, antara term yg aku guna mase gugel 2 'blogger yg kutuk blog orang', 'blog kutuk blog orang lain' dan macam2 lagi la. berjaya jugak akhirnya jumpa, tapi sekarang aku rasa otak aku da tepu nak baca entri2 n komen2 laser 2, mungkin esok ku sambung lagi.
4) my moolah da hampir kering, baru tengah bulan ni, makan biskut kering jela lepas ni, cicah milo:( masa dapat duit ari 2, memang xhingat dunia, macam la gaji banyak sangat, kan dah naya..
setelah sekian lama dok merengek ngan dudu, akhirnye dudu edit jugak gamba ala2 comel cam dalam blog vp tuh, hehe, musti ko tensen kan ngan request aku 2 dudu, haha, xkire, naak jugak dera ko, hohoho, mekaseh yaaa:D tgah menari2 gembira nih, yg klakanyer gamba aku banyak yg menempek je ngan dudu, sangat mencabar yer bagi engko nak cut bagi badan aku sorang je ekk dlm gambo, haha, papepun mekaseh banyak2, i lap u duduuu!!
ngajuk ngan Laut, nak tgok batu laak;p
jeles x sy ade d cni??
Tenkius DUDUUUU!!! nanti aku klik iklan ko ek;p
Sunday, November 16, 2008
sayonara wawa
aku n aya g anta wawa kat klia semalam(jumaat malam), flight dia kul 12, tapi sebab nak g makan pas2 nak spend time amik2 gamba, harusla gerak awai, dlm pas maghrib, aku letak gamba2 jela ekk, xlarat da nak nulis caption, kul 3 pagi da weiii
Saturday, November 15, 2008
ubah lagi
izwan suh aku ubah link2 ni sume kat belah kanan, kira aku ada 1 column entri, n 2 column kanan skang, amacam ok x??ke x ok??ke nak belah kiri belah kanan??ke nak kanan 1 column jek, ke xnak langsung,haha, korang rase??
Thursday, November 13, 2008
akhirnya...
b4 ni memang da teringin nak wat,
sebab macam serabut je sume link2 letak kat 1 belah tu,
pas2 try ikut steps kat blog ceera, tapi ada error,
pas2 ikut steps kat bloggerbuster yg ceera referkan, xleh gak,
yg xleh td guna ie,
pas2 try la sesaje wat dalam mozilla lak,
guna steps dlm bloggerbuster 2 baru dapat
suke suke, tapi macam sempit lak ruang entri 2, haha, xpe,
lama2 bese la 2 kot,xkenal maka xcinta(haha, xde kaitan)
tapi aku pasan header blog aku 2 terpanjang lak kotak die,
xpela, nanti2 aku ngedit balik, malas da nak ngadap pc
captain jacky sparrow!!
tadi sehelai murni bg link nak edit2 gambar,
dan first try ialah...
finish oledi!!yeay!!
yeay, da abis present da,
Alhamdulillah, eventho ada gak part yg sket2 xpuas hati,
xmohla cakap nape,
tapi asal da lepas je present, aku da rase hepi,
pasal aku bleh la menstalk blog2 orang agi tanpa rasa bersalah,
boleh main game tanpa rasa bersalah,
boleh tengok tv tanpa rasa bersalah,
kenape ye, time kita banyak keje, time 2la macam2 cite best ada??
dugaan sungguh semalam 2, aya n wawa dok nengok tv2,
dengan rasa bersalahnya aku join sekali,
walaupun xsiap wat slaid pun lagi masa 2,
kesudahannya aku tdo kul 3 pagi nak siapkan slaid,huhuh
dudu, kamu present kat ne??aku nak g ngintai;p
Tuesday, November 11, 2008
nasihat abg irfan aku
Oleh: Irfan Khairi
Ros, pernahkah anda fikirkan , apakah sebenarnya di dalam minda seorang jutawan?
Apakah persediaan minda yng dilakukan untuk menjadi seorang yang berjaya?
Pernahkah anda dengar cerita tentang seseorang yang tiba-tiba mendapat durian runtuh (dari segi kewangan, bukan durian!), tetapi,tidak lama kemudian segala yang dimiliki hilang entah ke mana?
Ini adalah kerana minda seseorang itu belum bersedia menerima situasi durian runtuh tersebut. Maka, terjadinya konflik antara minda yang belum bersedia dan tingkah lakunya.
Tulisan saya kali ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan keatas orang-orang yang berjaya, tidak kira jutawan, ahli sukan,personality atau ahli politik. Teknik yang sering digunakan dalam menguasai minda di gelar NLP (Neuro linguistic programming).
Artikel ini menyentuh satu cara menguasai minda yang sering digunakan dalam mempersedia dan mencapai apa sahaja kejayaan.Fikiran manusia adalah sesuatu yang amat kompleks di mana ia dikatakan manusia belum lagi menggunakan kuasa minda sepenuhnya.
Minda anda adalah sesuatu yang amat canggih sehingga tiada komputer di dunia dapat berfungsi seperti minda anda. Bagaimanakah caranya menggunakan kuasa minda untuk berjaya?
Berikut adalah 5 langkahuntuk membangunkan minda jutawan...
Langkah 1: Penuhi fikiran anda dengan apa yang anda mahukan.
Ia dikatakan bahawa seseorang itu akan menjadi apa yang difikirkannya pada kebanyakan masa. Apa yang anda sering fikirkan?
Usahawan yang berjaya sering memenuhi mindanya dengan kejayaan berurusniaga.
Ahli sukan yang berjaya sering memenuhi mindanya dengan gambaran memenangi pingat.
Ahli sukan popular, Lance Armstrong pernah menghidap penyakit barah yang amat serius sehinggakan para doktor menganggap beliau tidak akan dapat meneruskan hidup.
Lance Armstrong bukan sahaja membuktikan beliau boleh pulih dari barah, tetapi dengan menggunakan teknik memenuhi fikirannya dengan gambaran kejayaan dalam bidang lumba basikal, Lance kemudiannya memenangi pertandingan basikal yang paling sukar sekali, iaitu Tour de Francesebanyak 7 kali!
Dengan memenuhi minda anda dengan apa yang anda mahu, ianya akanmenjadi sebahagian dari minda separuh sedar anda sehingga mindaanda sendiri akan mendorong anda mencapai apa jua kejayaan.
**aku kena selalu pk leh lulus master ngan cemerlang terbilang nih**
Langkah 2: Sebutkan dengan jelas
Sebut dan luahkan secara verbal dengan jelas apa yang ada di minda anda. Ini adalah kerana, dengan menyebut, minda akan berfungsi dengan lebih sempurna. Teknik ini digelar teknik affirmation.Teknik ini merupakan kata-kata yang membantu dalam membangunkan diri sendiri.
Affirmation yang paling popular digunakan di dunia adalah:
"In every day and every way I am getting better and better".
"Setiap hari, dan setiap cara, saya menjadi insan yang semakin baik"
Ianya adalah penting untuk kata-kata anda adalah sesuatu yangbenar. Maksudnya, sekiranya setiap hari anda menjadi semakin malas,maka, kata-kata itu tidak akan membantu, tetapi hanya akan mengurangkan motivasi anda oleh kerana minda akan menemui konflik.
Sebagai contoh, sekiranya anda menyebut berulang kali "Saya akan pergi ke Gym untuk bersenam dan menjadi semakin kuat", tetapi anda hanya duduk di rumah dan bermain Playstation 2 anda 24jam sehari,kata-kata affirmation tersebut tidak akan membantu anda. Malah,ianya akan mengurangkan motivasi anda.
Apabila memberi affirmation, sebutkan yang benar sahaja seperti"Saya kini tiada wang, saya perlu menyiapkan novel saya yang akan membantu dalam kewangan saya!". Kemudian, terus ke komputer anda dan mula kerjakan novel anda itu!
**aku kini perlu siapkan keje master aku..NoW!!GO!!**
Langkah 3: Bayangkan anda berjaya mendapat apa yang anda inginkan
Dalam minda, anda perlu membayangkan masa hadapan di mana anda
dapat melihat bahawa anda telah mencapai kejayaan tersebut.Sekiranya anda inginkan kemewahan, bayangkan dalam 10 tahun lagi apa yang anda telah capai, mungkin rumah banglo 3 tingkat bersama swimming pool dan 3 buah kereta mewah di garage. Sekiranya anda seorang ahli sukan, maka bayangkan anda memenangi acara anda.
Berdiri di podium dan disarungi pingat emas.Lebih jelas anda menggambarkan bahawa anda berjaya mendapat apa yang anda ingini, maka, lebih hebat minda anda akan berfungsi untuk mencapai cita-cita tersebut.
Bayangkan suasana, waktu, warna, cuaca dan sebagainya dengan jelas.
Lebih lama anda dapat menyimpan gambaran ini di dalam minda anda,
lebih hebat efeknya kepada anda.
Simpan gambaran tersebut selama 1minit... 5 minit... 10 minit dan sebagainya.
Seorang pemain bola sepakterkenal sebelum memulakan perlawanan bola sepak, menyimpan gambaran kejayaannya di padang dalam kepalanya selama 90 minit-iaitu jangka masa seluruh perlawanan!
Kekerapan anda menggambarkan ini juga akan membantu, di mana sekiranya anda lebih kerap membayangkannya setiap hari, maka, ia akan mudah menjadi untuk anda.
Jangan lupa- anda akan menjadi apasahaja yang anda fikirkan pada kebanyakan masa.
Langkah 4: Masukkan emosi
Manusia adalah insan yang beremosi. Emosi digunakan untuk membakar semangat anda dalam mencapai apa sahaja kejayaan. Dalam memikirkan apa yang anda mahu, affirmation, dan juga membayangkan anda mencapainya, masukkan unsur-unsur emosi di dalam kesemuanya.
Menurut Abraham Maslow, emosi adalah asas utama yang membentuk hireraki keperluan Maslow. Bayangkan diri anda gembira, keluarga anda gembira, teman-teman anda mengucapkan tahniah, seluruh suasana di sekeliling anda yang gembira dengan pencapaian anda.
Ketika affirmation juga, luahkan dengan penuh semangat dan emosi oleh krana ianya akan membantu anda.Emosi dalam setiap langkah ini bagaikan minyak membakar motivasi anda.
Langkah 5: Percaya dan yakin ini terjadi
Langkah terakhir, adalah dengan gambaran apa yang anda inginkan,kata-kata affirmation yang bermakna, visual di dalam minda mencapai apa yang anda inginkan bersama emosi yang membakar,kesemuanya adalah tidak guna sekiranya anda tidak percaya dan yakinanda akan berjaya.
**YAKIN BOLEH, RAKAN MUDAAAA, eh silaap, yakin lulus master, yakinnnnnn!!!**
******
Kejayaan adalah keadaan minda. Dengan menguasai minda anda, iaitu dengan cara anda berfikir, anda juga boleh membangunkan minda jutawan di dalam fikiran anda. Bagaimanakah langkah-langkah ini membantu anda?
Bayangkan scenario ini yang saya pasti anda pernah lalui.Anda bangun dari tidur dan mendapati jam loceng anda tidak berbunyidan anda kini lewat untuk satu temujanji yang penting! Apa yangterjadi? Dengan serta merta anda keluar dari katil, menyiapkan diri anda dengan pantas. Secara tiba-tiba anda mengerah seluruh tenaga anda untuk memotivasikan anda memenuhi temu janji itu, bukan?
Cuba fikirkan, adakah ketika itu minda anda dipenuhi dengan langkah-langkah di atas? Sudah tentunya. Sebaliknya, anda boleh menggunakan langkah-langkah ini untuk memotivasikan anda mencapai kejayaan yang anda inginkan.
**pesanan ini dicilok dari emel abg irfan khairi bg kat aku:)**
apo kono ekauuu??
ari kamis ni ade presentation, tapi xwat 1 mende pun agi nih,
risau mmg risau, tapi kejap2 bukak blog, kejap2 bukak mel, kejap2 tdo,
huhuuu, tulun tulun, sesak napas dah ni,
4 sure kene fire berapi api laa nanti,
tension tension,
g blog aini jap ar, baca doa kecergasan
.......
makan time
ari ni posa ganti,
alhamdulillah,
sehari da selesai,
banyak2 hari lagi xselesaiii, huhuuuu
venue berbuka ialah di secret recipe,
makan curry seafood laksa,(kat alamanda lg sedap)
diikuti dengan sushi king,
muahaha,
kami memang buruk lantak,
tapi g sushi makan 1 plate je la,
xlarat daa nak makan
kat metropoint kajang 2 rupenye ade kedai cd n dvd murah2,
series jepun paling mahal pun dalam 30++ kot,
even belas2 pun da bleh dapat,
tapi disebabkan nak bajet,
aku xbeli pape la tadi,
next time keh, next time,simpan duit dulu
owh, jupe kak ton td,alaa kak ton dlm cite ezora 2,
kurus rupanya die 2 kat luar tv ek,
lawa jugaak, tgah lepak2 kat starbucks, ngan kawan2 pelakon dia gak kot,
tapi xkenal da sape kawan2 die 2, pelakon drama jgak laa,
wawa dok asyik pandang2 je kak ton 2, ko minat die ek waa, hahah
Adiosaaa!!